26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ingat Lagi Banci Pertanian Tahun Lepas? Hasilnya Akan Diumum 29 Mei Ini!

    Shopee Sale

    Ingat lagi tak masa petugas banci turun ke kampung, ladang, sawah & kolam ikan tahun lepas? Banci Pertanian 2024 yang dijalankan selama 4 bulan dari Julai hingga Oktober bukan setakat tanya soalan, tapi jadi titik mula untuk ubah landskap pertanian negara.

    Sekarang, selepas berbulan proses analisis & perincian data, hasil penuh bancian bakal didedahkan. Dah ready ke belum?

    Banci pertanian 2024 – Apa cerita sebenarnya?

    Dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), banci ini melibatkan ribuan petani, peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara.

    Tujuannya? Kumpul data sebenar tentang jenis tanaman, keluasan kebun, ternakan, teknologi digunakan dan cabaran mereka hadapi.

    Kenapa banci ni sangat penting?

    Ramai tak sedar, data banci ni akan bantu bentuk masa depan industri pertanian. Bila kita tahu apa yang ada, berapa banyak, dan kat mana, barulah senang nak rancang. Ia bantu kerajaan buat keputusan yang lebih tepat dan berfokus.

    Contohnya, kalau satu kawasan banyak tanaman tertentu tapi tiada kemudahan logistik, bantuan boleh disalurkan ke situ. Atau kalau ramai penternak guna cara tradisional, latihan moden boleh diperkenalkan. Semuanya bermula dari data yang dikumpul masa banci ni!

    Ada beberapa kisah banci yang kami pernah kongsikan!

    Waktu banci dijalankan, kita dah kongsi beberapa kisah inspirasi di media sosial & portal berita. Antaranya kisah usahawan ketam lembut yang bermula dengan hanya 6 sangkar, dan kini dah berkembang jadi 60! Semua ini tercetus lepas mereka guna data untuk susun strategi.

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Syukur Dapat Semula Barang Kemas, Pelaku Dijatuhi Hukuman 4 Tahun Penjara & Denda RM20,000 Seorang

    Ada juga projek penternakan rusa yang mula diteroka bila data banci tunjuk kawasan sesuai. Dan tak lupa, kisah petani ubi keledek yang kini tahu bila dan di mana waktu terbaik untuk menanam, hasil bantuan maklumat tepat yang dikumpul masa banci.

    Semua ni takkan jadi realiti tanpa usaha padu daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang jalankan Banci Pertanian 2024. Banci ni bukan sekadar formaliti, tapi jadi kunci utama untuk kenal pasti potensi pertanian sebenar negara kita. Bila ada data yang tepat, barulah perancangan masa depan boleh jadi lebih tersusun dan berimpak.

    Dengan maklumat yang dikumpul, kerajaan boleh salurkan bantuan dengan lebih adil, kenal pasti kawasan pertanian berisiko, dan bangunkan teknologi baru yang sesuai dengan keperluan sebenar peladang dan petani kita.

    Hasil banci bakal diumum! Korang standby 29 Mei 2025 ni!

    Bila data dah lengkap dan analisis pun siap, inilah masanya untuk rakyat tengok sendiri hasilnya. 29 Mei 2025, DOSM akan umumkan keputusan penuh Banci Pertanian 2024 yang bakal tentukan hala tuju baru sektor pertanian negara.

    Tak kiralah korang usahawan tani, nelayan, peladang, atau rakyat biasa yang peduli pasal makanan kita, pengumuman ni sangat penting. Sebab dari data inilah, banyak polisi dan bantuan akan digerakkan.

    The post Ingat Lagi Banci Pertanian Tahun Lepas? Hasilnya Akan Diumum 29 Mei Ini! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah