29.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Sentiasa Doakan Mereka Berjaya Dunia Akhirat’ – Awie

    Shopee Sale

    Vokalis kumpulan rock legenda Wings, Datuk Awie memaklumkan dirinya menerima dengan hati yang terbuka apabila dua daripada anggota band tersebut iaitu Eddie dan Black membuat keputusan untuk mengundurkan diri.

    Artikel Berkaitan: Eddie & Black Undur Diri Dari Wings, Tak Terlibat ‘Konsert Wings 40 Tahun Celebration’

    Artikel Berkaitan: Wings Akan Buat Persembahan Dalam Penjara, Awie Mahu Nyanyi Depan Banduan – ‘Ini Projek CSR Sempena 40 Tahun Wings Dalam Industri’

    Perkara biasa 

    Ketika ditemui , Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 57, menyifatkan perpecahan yang berlaku dalam sesebuah kumpulan nyanyian dan muzik adalah perkara biasa.

    Ianya normal dan berlaku di seluruh dunia. Tak ada satu band pun yang tersusun ahlinya sampai mati.

    Jadi ia biasa dan tak perlu dibesarkan dan tiada apa yang perlu digusarkan. 

    Bagaimanapun, Awie tetap mendoakan kesejahteraan dan yang terbaik buat mereka.

    Sepatutnya saya tak perlu beritahu apa doa saya.

    Saya sentiasa doakan mereka berjaya dunia akhirat, sihat tubuh badan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.

    Dalam setiap sujud, mereka ada dalam doa saya.

    Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Sembilu The Reunion yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis.

    MENARIK:  Karakter AI Menjadi Wajah Kempen Ramadan Raya Seperti Zaman Dulu-Dulu 2024 di TV3, Membagikan Ilmu dengan Pendekatan Inovatif

    Hanya kebetulan

    Sementara itu, pelantun lagu Di Ambang Wati tersebut turut menjelaskan tentang ucapannya semasa di Konsert Wings 40 Tahun : 4 Dekad Terbang Tinggi yang berlangsung pada 28 November lalu.

    Awie ketika konsert tersebut difahamkan mendedikasikan rangkaian lagu popular kumpulan itu kepada beberapa individu yang didakwa meninggalkan perjuangan perjalanan muzik mereka.

    Tak ada apa-apa. Sebenarnya itu list lagu saja. Kebetulan, ada list lagu sebegitu. Jadi, saya cuma meluahkan sedikit rasa hati melalui lagu-lagu tersebut.

    Kebetulan, lillahi Taala saya tidak menyusun. Bila kita tengok list lagu, tiba-tiba macam kena saja. Tidak ada lebih daripada itu.

    Terdahulu, Eddie dan Black membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan pengunduran diri mereka daripada kumpulan tersebut pada 8 Oktober lalu.

    The post [VIDEO] ‘Saya Sentiasa Doakan Mereka Berjaya Dunia Akhirat’ – Awie first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah