24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Cita-Cita Dari Kecil Nak Jadi Popular, Kalau Pergi Pasar Malam Saya Feeling Jadi Cantik’ – Zila Bakarin

    Shopee Sale

    Pelakon Zila Bakarin mendedahkan bahawa sejak kecil lagi dia sudah bercita-cita untuk menjadi seseorang yang terkenal.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kau Rasa Buka Tudung Untuk Dapat ‘Job’..Kadang-Kadang Tak Juga, Itu Semua Rezeki Allah’ – Zila Bakarin

    MENARIK:  Ramai Puji Mawar Rashid Makin Cantik – ‘Macam Wanita Korea’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zila Bakarin Kongsi ‘Skill’ Anak Memasak, Netizen Terpesona Lihat Kecantikan – ‘Muka Ada Iras-Iras Amelia Henderson!’

    Suka berangan

    " data-video-id="7616732498256530708" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @_mynncat_

    @Zilabakarin Dan @THEONLYLISDAWATI berkongsi cerita tentang zaman kecil mereka dan cita-cita yang pernah diimpikan dulu. Lucu, jujur, dan penuh kenangan yang buat kita sama-sama throwback ke zaman budak-budak. You all pula macam mana? Pernah ada angan-angan pelik atau cita-cita masa kecil dulu? Cuba share sikit di ruangan komen! Jangan lupa tonton FULL episode eksklusif sekarang di YouTube: 🎬 Myn & Cat – Double The Fun! Dan jangan lupa: LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE serta tekan butang LOCENG supaya tak terlepas episod seterusnya!

    ♬ original sound – _mynncat_ – _mynncat_

    Menerusi sesi podcast Myn & Cat di TikTok, Zila, atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, mengakui  bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya itu.

    Cita-cita saya dari kecil nak jadi popular. Saya tak kisah, saya memang jadi popular.

    Dulu masa kecil, balik dari sekolah, kain selimut mak atau apa-apa kain saya akan belit di badan.

    Macam kain dalam, saya naikkan ke bahagian dada. Kemudian saya akan duduk berangan.

    Bercerita lanjut mengenai personalitinya, Zila mengakui bahawa dia sememangnya seorang yang sangat menitikberatkan soal penampilan.

    Malah, aktres ini mengakui meminati gaya fesyen yang lebih berani dan seksi sejak dahulu lagi.

    Saya memang suka fesyen yang seksi daripada kecil.

    Dulu keluarga saya ni orang susah, kadang-kadang ada orang bagi baju, saya akan selongkar dan cari mana yang elok.

    Kalau ada skirt, saya pakai dan lipat keatas sampai jadi pendek sebab saya suka seksi. Pergi pasar malam pula, memang saya akan feeling-feeling jadi cantik, seksi dan popular.

    Bermula dengan lakonan teater

    Mengimbas kembali penglibatannya dalam dunia seni, pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini mendedahkan segalanya bermula apabila dia sering melihat ahli keluarganya bergiat aktif dalam pementasan teater.

    Saya ada saudara yang buat teater, dari situ saya mula berlakon jadi tambahan dulu.

    Namun selepas menamatkan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan mula bekerja di sebuah pejabat, dia telah berkenalan dengan seorang individu.

    Menyedari bakat yang dimilikinya, individu tersebut kemudiannya menyarankan agar Zila mencuba nasib dalam bidang lakonan

    Selepas saya tamat SPM, saya pernah bekerja di sebuah pejabat.

    Saya ada kenal seorang abang angkat, selepas itu, dia cakap saya tak sesuai dengan kerja macam ini.

    Dia suruh saya cuba pergi casting. Pertama kali saya pergi casting di Kuasa Tech dan Fauziah Nawawi jadi juri.

    Masa itu dia suruh saya buat babak menangis.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Cita-Cita Dari Kecil Nak Jadi Popular, Kalau Pergi Pasar Malam Saya Feeling Jadi Cantik’ – Zila Bakarin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah