Usahawan dan pempengaruh Cik Epal menyorot perhatian apabila dilihat memilih baju melayu buat pembawa dulang hantaran lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Epal Lebih Stabil Dari Segi Emosi, Fokus Pada Diri Sendiri & Kedua Anak – ‘Orang Kacau, Baru Saya Bertindak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’
Cik Epal dah nak kahwin?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Cik Epal atau nama lengkapnya Nur Munirah Mahmood disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.
Pada perkongsian itu, Muzaffar sempat mengusik ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengenai dakwaan dirinya yang bakal menamatkan zaman bujang.
Betul ke ni? Astaghfirullahalazim. Berapa dulang ‘boy’? Tujuh?
Video berdurasi seminit 23 saat itu, Cik Epal akui baju melayu berwarna biru itu dibeli buat tujuh orang dulang ‘boy’.
Hanya nak buat untuk dulang ‘boy’.
Tujuh lawan sembilan.
Memang murah sangat kalau nak beli untuk dulang ‘boy’.
Imbas kembali, timbul spekulasi hubungan antara Cik Epal dengan lelaki yang dikenali sebagai Ammar.
Dakwaan mengatakan pasangan ini bakal menamatkan zaman bujang apabila dikatakan sudah membuat persiapan bagi meraikan hari bahagia itu.
Sumber: TikTok @jhoget
The post [VIDEO] Cik Epal Borong Baju Melayu ‘Dulang Boy’, Beri Bayangan Dah Nak Kahwin? first appeared on OHBULAN!.





