26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ameera Khan Buat Kejutan Hari Jadi, Beri Kek & Sejambak Bunga Ros Merah Kepada Jefri Nichol- ‘Your Wish Came True’

    Shopee Sale



    Kisah percintaan antara bintang terkenal Indonesia, Jefri Nichol, dan personaliti popular Malaysia, Ameera Khan, kini menjadi perhatian ramai.

    Keintiman hubungan dan keterbukaan mereka berkongsi momen-momen manis kepada umum membuatkan nama mereka seringkali menjadi topik hangat di media sosial.

    Kejutan Ameera untuk Jefri

    Baru-baru ini, Ameera Khan sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memberikan kejutan istimewa kepada kekasihnya, Jefri sempena hari jadi ke-26.

    Kejutan tersebut berupa sebiji kek yang dihiasi dengan potret wajah Ameera serta sejambak bunga ros merah yang melambangkan cinta dan kasih sayang.  Kek istimewa itu turut dihiasi dengan ucapan penuh makna, ‘Your Wish Come True’.

    Dalam suasana penuh romantis itu, Ameera dilihat berbaring di sisi hadiah berkenaan sambil tersenyum sekaligus mencerminkan pasangan ini sedang sedang menikmati fasa bahagia dalam percintaan.

    MENARIK:  ‘Diceraikan Kerana Sikap Baran, Saya Sedar Bila Semuanya Dah Terlambat’

    Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol. Ameera juga mendedahkan ibu bapanya juga sudah merestui hubungannya dengan Jefri.

    Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.

    Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah