Anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana meraih perhatian ramai selepas mengemas bilik tidurnya sendiri tanpa pertolongan ibu bapanya.
Aaisyah kemas bilik
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, memuat naik video memaparkan anak perempuannya memegang penyapu selepas keluar daripada biliknya.
Aktres itu berkata dia tidak dapat menolong Aaisyah mengemas rumah kerana tidak sihat badan.
Maid in manhattan. Nak bilik besar sangat kan, kena kemas sendiri la.
Saya pula demam, tiga hari tak bangun. Dia la kena ambil alih tugas saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji cara Che Ta mendidik Aaisyah supaya menjadi seorang yang rajin.
‘Pandai anak dara sorang ni’
The following two tabs change content below.