34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dikecam Kerana Tuntut Semula Hutang Mas Kahwin, Abby Abadi Seloroh – ‘Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?’

    Shopee Sale

    Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa pelik apabila ramai yang kurang senang dengan tindakannya yang menuntut semula hutang mas kahwin dan nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim.

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin – ‘Berkat Kesabaran Selama 22 Tahun’

    Artikel Berkaitan: Impian Lihat Marissa Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan Terima Komen Negatif, Abby Abadi Selar Netizen – ‘Belajar Jaga Mulut’

    Jadi pengajaran

    Menerusi perkongsian di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata dia berkongsi kisah itu supaya ia menjadi pengajaran kepada semua.

    Menurut Abby, dia akan menuntut perkara yang lain juga termasuk nafkah anak-anaknya.

    Jap, saya tuntut nafkah tapi mas kahwin yang diselesaikan dulu. Alhamdulillah, Saya kongsi supaya jadi pengajaran.

    Bila tertangguh jadi hutang akan lagi bahaya kalau bawa ke (akhirat).

    Tapi kenapa ada yang marah? Ada kacau duit pencen sesiapa ke?

    Sebelum ini, Abby mencuri tumpuan apabila memaklumkan Norman telah melunaskan hutang mas kahwin pada perkahwinan mereka yang terdahulu.

    MENARIK:  Atikah Suhaime Amuk ‘Mak Cik Bawang’ Dakwa Ikan Pari Bisa Badan – ‘Kalau Tak Awet Muda, Saya Tak Perlukan Nasihat Awak’

    Sekadar info, Abby dan pelakon, Norman Hakim pernah berkahwin pada 2002. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.

    Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

    Sumber: Threads

    The post Dikecam Kerana Tuntut Semula Hutang Mas Kahwin, Abby Abadi Seloroh – ‘Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah