29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bonda Rozita Tak Suka Berkongsi, Suami Orang Takkan Dapat Pikat Dia’ – Suami Dedah ‘Standard’ Lelaki Pilihan Isteri, Nak Yang Cukup Pakej

    Shopee Sale



    Suami kepada usahawan, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad mencuri perhatian ramai menerusi satu sesi siaran langsung di platform media sosial baru-baru ini.

    ‘Bonda bukan perempuan yang boleh berkongsi’

    Menerusi video yang dikongsikan semula peminat di TikTok memaparkan Aidiamin berkongsi pandangannya tentang keperibadian isteri tercinta dan ‘standard’ lelaki yang layak untuk mendekati Rozita.

    Menurut Aidiamin, meskipun perkahwinan mereka masih baharu, dia cukup memahami karakter Rozita yang dikenali sebagai seorang wanita berdikari.

    Walaupun perkahwinan kami ni baru lagi, tapi saya memahami dia. Bonda bukanlah seorang perempuan yang boleh berkongsi. Ikut logiknya, dia semua dah ada termasuk kecantikan, kesihatan, wang ringgit, pangkat dan sebagainya.

    Jelas abang kepada pelakon Rebecca Nur Al-Islam ini lagi, secara logik akal, wanita seperti Rozita yang lengkap dalam segala aspek kehidupan termasuk dari segi kecantikan, kesihatan, kewangan hingga ke kedudukan, dia tidak akan mudah menerima konsep ‘berkongsi kasih’.

    Jadi kalau hidup dia nak berkongsi, bagi saya mungkin dia hilang akal kot waktu tu.

    Tambahnya lagi, biarpun individu tersebut berpangkat tinggi atau mempunyai latar belakang agama, itu belum tentu melayakkan mereka untuk menambat hati Rozita.

    Contohlah kalau saya meninggal dunia dulu, jadi amaran kepada suami orang yang nak pikat Bonda ni. Minta maaf, mimpi je sebab tak akan dapat.

    Walaupun orang tu berpangkat kakitangan kerajaan, ulama, ustaz atau sesiapa pun, maknanya lelaki tu kena duda atau bujang.

    Kalau lelaki tua, jalan terkedek-kedek pun tak akan dapat Bonda. Lelaki yang nakkan Bonda kena ada pakej yang lengkap.

    Ujar Aidiamin, lagi, lelaki yang mahu mendekati Rozita harus memiliki pakej yang benar-benar lengkap dari pelbagai sudut.

    MENARIK:  Nicholas Saputra Muat Naik Gambar Tak Berbaju, Peminat Mula Tak Keruan & Pakat ‘Zoom’ – ‘Indahnya Pemandangan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah