32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ucapan & Luahan Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Undang Perhatian – ‘Kalau Mama, Abah Sakit Atau Meninggal Jangan Datang Tau’

    Shopee Sale

    Hantaran yang dimuat naik pelakon Abby Abadi sempena hari lahir cahaya mata ketiganya, Maria Danisha telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian

    Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Dedah Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Pernah DM – ‘Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak’

    Luahan Abby

    View this post on Instagram

    A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

    Menerusi hantaran di Instagram, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, berkongsi tentang perih jerih yang dilaluinya sebagai seorang ibu.

    Selamat hari lahir Danisha. Terima kasih menjadi anak mama untuk 18 tahun ini.

    Tak tahu nak tulis apa sebab hati mama dah hilang rasa sebenarnya. Tapi mama nak awak tahu, dari dalam perut, dari kecil mama jaga anak-anak mama bagai menatang minyak yang penuh.

    Makan mewah, tempat tinggal selesa, berjalan sana sini, pakai baju cantik walaupun mama ni ‘tak berapa berada’ pun sebenarnya.

    Dalam hantaran yang sama, Abby meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya dengan mendakwa mereka kini seolah-olah sudah melupakan pengorbanannya dan suami, Muhammad Faizal Zakaria.

    Tapi bila dah besar, anak-anak semudah ini melupakan mama.

    Kalau mama yang melahirkan pun dibuang macam tu je, apatah lagi abahnya. Ada pun seakan tiada dibuatnya.

    Hampir 12 tahun abah bersama mama, tolong mama tanggung makan, minum, rumah yang menjadi tempat berteduh, beli hadiah mahal-mahal, akhirnya pun seakan tak wujud.

    Maaflah bukan nak mengungkit tapi kali ini biar tahu. Mama jadi begini sebab makan hati.

    Mama tak pernah, tak rajin, tak berkesempatan nak bercerita sebenarnya yang dari awal awak dalam perut, mama bawa awak ke sana ke sini, cari rezeki. Awak hanya ada mama sahaja.

    Akhirnya bercerai, mama maafkan segalanya sebab masa tu penat sangat-sangat. Tak terluah dengan kata-kata.

    Bukan itu sahaja, Abby juga mengakui berkecil hati dengan sikap anaknya dan berharap mereka tidak lagi pulang kepadanya meski apa pun yang berlaku.

    Berat juga rasa hati nak ucap, sebab tahu akan jadi cerita lain sebab kecil hati sangat.

    Mama ucap juga selagi masih ada nyawa. Maafkan mama tak mampu jadi mama yang baik, yang hebat dan kaya untuk anak-anak hidup senang lenang.

    Di umur awak yang ke-18 ini, lupakan mama terus tak apa, teruskanlah hidup dengan mereka. Semoga kekal hingga ke syurga firdausi.

    Ps: Kalau mama, abah sakit atau meninggal jangan datang tau. Uruskan sahaja kehidupan sendiri. Pesan mama untuk yang terakhir kalinya.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  [VIDEO] Suami Fatin Afeefa Tegur Sikap Suka Mengumpat, Pesan Dekat Para Suami Ingatkan Isteri Jangan Suka Gosip

    The post [VIDEO] Ucapan & Luahan Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Undang Perhatian – ‘Kalau Mama, Abah Sakit Atau Meninggal Jangan Datang Tau’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah