30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Boleh Ke Anak-Anak Bayar Zakat Fitrah Untuk Ibu Bapa? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale



    Membayar zakat fitrah merupakan salah satu ibadah yang wajib dikerjakan dalam bulan Ramadan. Namun persoalannya, adakah anak-anak dibolehkan untuk membayarkan zakat untuk ibu bapa?

    Boleh tak anak bayarkan zakat?

    " data-video-id="7464006908953824519">
    @niki.ah897 #sebarkankebaikan #Beserah #zakatfitrah #CapCut ? bunyi asal – niki AH897

    Menurut pendakwah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan bahawa anak-anak tidak boleh membayar zakat fitrah bagi pihak ibu bapa sekiranya mereka masih mampu menunaikannya sendiri.

    Boleh ke anak-anak bayar zakat fitrah mak ayah? Ayah kita hidup lagi tapi anak nak tolong bayarkan zakat fitrah. Jawapannya tidak boleh.

    Orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri tak boleh orang lain tolong bayarkan melainkan minta izin dekat mak ayah.

    Bagaimanapun, sekiranya ibu bapa memberi keizinan, maka pembayaran zakat fitrah oleh anak dianggap sah.

    Kalau mak ayah kata okay dan izinkan, maka zakat fitrah itu sah.

    Selain itu, Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa suami wajib membayar zakat fitrah untuk isteri tanpa perlu meminta izin. Namun, jika isteri ingin membayar zakat fitrah untuk suami, dia perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu.

    Suami wajib bayar zakat fitrah isteri, maka tak wajib minta izin isteri. Isteri tak wajib bayar zakat fitrah suami tapi isteri nak tolong bayarkan maka isteri kena minta izin suami.

    Penjelasan tersebut memberi panduan kepada umat Islam mengenai tanggungjawab dan adab dalam membayar zakat fitrah, selaras dengan syariat Islam.

    MENARIK:  Mari Jumpa 12 Finalis AJL 38 Di Acara 'Meet & Greet Paling Berkesan' Pada 4 Februari!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah