32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Beribu Burung Bertenggek & Iringi Jenazah Dari Rumah, Masjid Hingga Ke Kubur’

    Shopee Sale

    Penulis majalah Mastika, Kak Jem berkongsi sebuah kisah benar yang memberi pengajaran kepada orang ramai tentang  lbesarnya kuasa sedekah.

    Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Dirasuk Ketika Kendalikan Podcast Sembang Seram – ‘Tadi Seru Nama Kan, Saya Dah Datang’

    Artikel Berkaitan: ‘Nampak Tiga Garis Macam Disebat’ – Joey Daud Kongsi Pengalaman Seram Ketika Gali Kubur

    Ribuan burung mengiringi

    " data-video-id="7595811906368064789" style="max-width: 605px;min-width: 325px">
    @sembangseram Subhanallah, moga pengakhiran kita dalam keadaan yang baik-baik jugak. #kakjem #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram ♬ original sound – sembangseram

    Menerusi podcast Sembang Seram, Kak Jem menceritakan tentang pemergian seorang lelaki bernama Arwah Haji Zakaria yang diberikan penghormatan ‘luar biasa’ sebaik sahaja jenazahnya hendak dibawa ke masjid.

    Ketika urusan membawa jenazah ke masjid, ribuan burung mula muncul dan memenuhi ruang udara serta kawasan sekitar.

    Masa nak bawa pergi ke masjid tu, beribu-ribu burung pula duduk bertenggek sepanjang daripada rumah dia pergi ke masjid tu.

    Bertenggek tu sepanjang daripada jenazah ni dibawa daripada rumah dia lepas dimandi dikapan dekat rumah, dibawa ke masjid untuk kita sembahyang kan, beribu-ribu burung mengiringi jenazah ni sampailah ke kubur.

    Setelah diselidiki melalui isterinya, Kak Jem mendedahkan bahawa arwah mempunyai amalan sedekah sepanjang hayatnya, terutamanya selepas bersara.

    Waktu pencen dia suka tanam macam-macam jenis pokok. Dia juga menternak itik. Dia akan ambil makanan daripada satu kedai dan akan diberi kepada kucing ke, itik yang belaan dia, kadang-kadang ada anjing liar datang makan.

    Tapi satu amalan dia adalah setiap kali pokok pisang dia berbuah, dia tak benarkan anak-anak dia ambil pokok pisang tu walaupun dah masak.”

    Anak-anak kan cakaplah, ‘Apasal tak boleh ambil bah? Pisang dah masak dua sisir.’ ‘Itu bukan hak engkau. Itu adalah hak tupai, burung dan binatang terbang. Bagi dia makan dulu dua sisir ni, yang lain tu baru kita boleh ambil.

    Kisah ini menjadi iktibar bahawa sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang. Keikhlasan berkongsi rezeki alam dengan makhluk lain juga mampu mengangkat darjat seseorang di sisi Pencipta.

    MENARIK:  [VIDEO] Cik B Seronok Ada Kawan Sekufu, Faham Perasaan – ‘Sebelum Ini Dapat Kawan Nauzubillah Min Zalik’

    Sumber: Podcast Sembang Seram

    The post [VIDEO] ‘Beribu Burung Bertenggek & Iringi Jenazah Dari Rumah, Masjid Hingga Ke Kubur’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah