25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri Dedah Kos Tukar Langsir Cecah RM800 Ribu, Cat Rumah Hampir Setengah Juta – ‘Saya Bergelut Cari Duit’

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan kos penyelenggaraan kediaman mewahnya mencecah ratusan ribu.

    Artikel Berkaitan: ‘Raya Pertama Orang Akan Serbu Rumah Saya, Dari Pagi Sampai Malam Lebih Kurang 500 Tetamu Datang’ – Aliff Syukri

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dedikasi ‘Ya, Abah Saya Security’ Buat Arwah Bapa – ‘Dulu Saya Malu Dia Kerja Pengawal Keselamatan, Kini Saya Bangga’

    ‘Saya hampir 10 tahun tak cat rumah’

    Ketika ditemui , Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman berkata kini tiba masanya untuk mengecat semula kediamannya meskipun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

    Kalau nak tahu, saya hampir 10 tahun tak cat rumah. Sekali nak buat, kos boleh mencecah RM450,000. Bukan nak riak.

    Kos tinggi sebab guna spray, bukannya cat biasa. Bila dah lama, warna pudar, jadi saya terpaksa cat semula.

    Orang ingat mahal sebab guna cat biasa, tetapi sebenarnya teknik spray. Tambahan pula rumah bertingkat, perlu peralatan khas. Bila saya minta sebut harga, memang terkejut.

    Aliff turut berkongsi pengalamannya sebelum ini yang cuba menjimatkan kos dengan mengecat secara berperingkat, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan kerana kekangan peralatan bagi kawasan tinggi.

    Dulu kami cat sikit-sikit guna cat biasa, habis sekitar RM50,000. Kami buat bahagian bawah sahaja kerana bahagian atas perlukan peralatan khas.

    Akhirnya saya ambil kontraktor. Memang mahal sebab guna spray dan prosesnya ambil masa, tetapi hasilnya lebih berkualiti.

    Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Brandfilm Raya D’Herbs yang bertajuk ‘Ya, Abang Saya Sekuriti’ bertempat di GSC IOI Mall Damansara baru-baru ini.

    MENARIK:  Wani Kayrie Bangga ‘Cak Cak Cekuk’ Dipilih Untuk Persembahan Hari Merdeka – ‘Tengok Video Latihan Pun Saya Dah Meremang’

    Kos langsir cecah RM800,000

    View this post on Instagram

    A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

    Katanya, kos menukar langsir di kediamannya boleh mencecah sehingga RM800,000 berikutan struktur rumah yang tinggi dan memiliki banyak tingkap.

    Nak ‘polish’ lantai sahaja pun RM30,000. Nak tukar langsir pun boleh jadi isu. Jujurnya, 10 tahun saya tak mampu nak cat rumah. Bergelut juga cari duit. Orang ingat rumah besar senang, tapi sebenarnya mencabar.

    Rumah besar, bila rosak memang kos tinggi. Baiki bumbung bocor pun boleh cecah ratusan ribu setahun. Raya ini nampak meriah dengan cat baharu, tetapi hakikatnya bukan mudah.

    Saya bekerja dari pagi sampai malam, buat siaran langsung untuk jana pendapatan. Nak bayar gaji pekerja sahaja mencecah RM1.2 juta sebulan, belum termasuk komitmen lain.

    Saya bukan nak bermegah, cuma berkongsi realiti di sebalik apa yang orang nampak.

    Terdahulu, Aliff menyorot perhatian apabila terkejut dengan sebut harga untuk mengecat rumah kediamannya yang mencecah ratusan ribu ringgit.

    The post Aliff Syukri Dedah Kos Tukar Langsir Cecah RM800 Ribu, Cat Rumah Hampir Setengah Juta – ‘Saya Bergelut Cari Duit’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah