25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Baru Hendak Tulis Muka Surat Pertama’ – Syed Saddiq & Bella Astillah Akui Tak Layak Disamakan Dengan Tun M & Allahyarhamah Tun Hasmah

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan bakal isterinya, Bella Astillah tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyamakan kisah cinta mereka dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

    Artikel Berkaitan: Bella Astillah Kongsi Keadaan Syed Saddiq – ‘Dia Tak Mampu Teruskan Apa Yang Telah Dirancang Hari Ini’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berdebar? Tidak, Saya Gembira’ – Syed Saddiq

    Tak layak disamakan

    Dalam satu sesi temu bual, Saddiq menegaskan perbandingan itu terlalu jauh, malah merasakan mereka tidak layak apabila persamaan tersebut dibuat.

    Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarhamah dan juga Tun Dr. Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa.

    Saddiq berkata demikian pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq di Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Mengulas lebih lanjut, Saddiq berkata Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah merupakan tokoh yang wajar dicontohi khususnya dalam bidang perubatan.

    Tun Dr Siti Hasmah salah seorang doktor wanita terawal yang memberikan inspirasi kepada wanita. Beliau satu-satunya doktor wanita dalam kelompoknya ketika itu di Singapura dan mendapat biasiswa.

    Bila pulang untuk berkhidmat, pada awalnya beliau berada di kota, tetapi apabila diberikan ujian dan cabaran untuk dihantar ke kawasan luar bandar, beliau tidak mengeluh.

    Beliau pergi membantu dan mendidik keluarga serta anak-anak di sana untuk menerima pendidikan moden. Beliau adalah antara yang terawal dan perintis.

    Sementara itu, Saddiq menyifatkan Tun Mahathir sebagai tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada negara.

    Tun Dr Mahathir lagilah. Saya rasa saya tidak perlu menyenaraikan satu per satu pencapaian dan jasa beliau kepada negara yang sehingga hari ini kita masih menerima manfaatnya.

    Jadi, sejujurnya, bagi mereka yang berkongsikan perkara ini, saya tahu ia datang daripada niat yang baik. Tetapi jawapan kami, kita tidak layak untuk disamakan kerana mereka jauh lebih ke hadapan daripada kami.

    Kata Saddiq, kisah percintaan mereka juga tidak setara untuk disamakan dengan pasangan negarawan itu memandangkan ikatan hubungan mereka sedang dibina dan masih berada di peringkat awal.

    Saya tahu mungkin ada yang kata, ‘Oh, tetapi bukan daripada sudut sumbangan kepada negara, mungkin daripada sudut cinta.’ Itu pun saya rasa kami tidak layak.

    Kerana kami ini baru hendak berkahwin, hendak menghalalkan hubungan. Mereka ini sudah 70 tahun meraikan cinta dan kebijaksanaan bersama. Kami belum sampai pun 25 tahun, baru hendak membuka bab atau buku yang pertama.

    Kalau kita ibaratkan seperti sebuah buku, kami baru hendak menulis muka surat pertama. Mereka bukan sekadar menulis muka surat pertama, mungkin mereka sudah mempunyai perpustakaan sendiri yang boleh berkongsikan kisah cinta mereka. Bukan satu buku, tetapi sudah beribu-ribu buku.

    Dalam perkembangan lain, Saddiq dan Bella akan disatukan sebagai suami isteri pada sebuah majlis di Kuala Lumpur pada 10 Oktober depan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Duit Bukan Nafkah Wajib’ – Tun Laila

    Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank dengan konsep serba putih disulami elemen Arab atau Islamik atas permintaan keluarga.

    The post [VIDEO] ‘Baru Hendak Tulis Muka Surat Pertama’ – Syed Saddiq & Bella Astillah Akui Tak Layak Disamakan Dengan Tun M & Allahyarhamah Tun Hasmah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah