Pelakon, Farah Ahmad berpendapat rakan pelakon dalam sesebuah drama perlu saling bergaul ketika berada di set penggambaran bagi membantu membina keserasian antara satu sama lain.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Tiada Hanya Jasadnya, Tapi Semangatnya Sentiasa Dalam Hati Kami’ – Farah Ahmad
Bergaul di set

Menurut Farah, hubungan yang terjalin di luar waktu lakonan juga penting kerana pelakon bukan hanya berinteraksi dengan kamera, sebaliknya perlu berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelakon lain.
Pada pendapat saya, penting seseorang pelakon itu bergaul dengan pelakon lain ketika berada di set penggambaran.
Bila kita nak berlakon dengan seseorang itu, kita kena tahu juga orang yang punya badan sebenarnya, bukan watak saja. Untuk chemistry, bukan sekadar untuk lakonan.
Farah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Dia Perempuan Sialan yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Farah berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada pelakon lebih selesa menghabiskan masa bersendirian, namun keadaan itu boleh menjadi sedikit cabaran dan masalah.
Kalau orang panggil rehearsal, dia tak nak, kemudian dia tiba-tiba datang set dan terus masuk set, itu akan jadi masalah.
Kalau chemistry tiada atau ada benda yang tak kena dengan lakonan, akan jadi lagi satu masalah. Sebab kita bukan berlakon seorang.
Kita bukan berlakon dengan kamera atau telefon masing-masing. Ada kamera, ada aspek teknikal dan kita kena tahu bagaimana nak bermain dengan set.
Dalam pada itu, Farah berkata budaya penggambaran di Malaysia juga berbeza berbanding sesetengah produksi luar negara yang memberi lebih banyak masa untuk persediaan sebelum memasuki set.
Di Malaysia, produksi kita tidak begitu mengamalkan persediaan lakonan yang berbulan-bulan. Kadang-kadang rehearsal pun tidak cukup dan kita terus berada di set.
Bila kita duduk sama-sama dan berbual, kita boleh tahu macam mana orang itu. Dari situ kita boleh bina chemistry.
Dalam perkembangan lain, Farah muncul dalam drama Dia Perempuan Sialan selain dibintangi Meerqeen, Hannah Delisha, Datin Seri Paduka Umie Aida, Nadia Aqilah dan Amerul Affendi serta bintang Indonesia, Caitlin Halderman.
Sementara itu, drama idea asal Erma Fatima dan arahan Nur Sharif itu berjaya melakar pencapaian luar biasa apabila terus melonjak ke kedudukan No. 1 di Viu Malaysia dan Viu Indonesia dalam tempoh seminggu pertama tayangan.
Pelancaran sulung siri ini turut mencetuskan gelombang tular di platform digital apabila meraih lebih 75 juta tontonan di media sosial pada minggu pertama, mengikut data analisis rasmi Meta, Hootsuite, dan TikTok Analytics.
The post Farah Ahmad Tekankan Pentingnya Budaya Bergaul Di Set – ‘Panggil Rehearsal Tapi Tak Nak, Itu Masalah’ first appeared on OHBULAN!.





