34.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Biarkan Anak Jadi Pemuas Nafsu Suami, Pernah Bantu Gugurkan Kandungan – ‘Kalau Saya Period, Dia Paksa Anak Layan’

    Shopee Sale

    Seorang wanita mendakwa hanya mampu berdiam diri ketika menyaksikan anak kandungnya menjadi mangsa gangguan seksual oleh suaminya sendiri.

    Wanita biarkan anak jadi pemuas nafsu suami

    View this post on Instagram

    A post shared by Ariff Luqman (@ariffpeter)

    Menerusi perkongsian Ariff Peter, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mengakui beberapa kali mengetahui anaknya itu dicabul oleh suami yang juga merupakan ayah tiri kepada mangsa.

    Malah dia mendakwa pernah membantu si suami menggugurkan kandungan anak perempuannya hasil perbuatan keji lelaki itu.

    Saya banyak kali dah tengok anak saya kena cabul dengan ayah tiri dia. Saya ada juga tolong dia gugurkan anak berapa kali.

    Lebih menyedihkan, dia mendakwa sering mendengar anak perempuannya meminta pertolongan setiap kali si suami melakukan perbuatan terkutuk itu.  Namun mengakui, dia tidak berbuat apa-apa kerana bimbang mereka akan dihalau dari rumah.

    Saya biarkan apa je yang ayah tiri dia buat kat dia dari dia kecil lagi. Tiap-tiap kali saya datang period, ayah tiri dia paksa dia layan.

    Saya selalu dengar dia jerit minta tolong, sebut nama saya, cakap sakit tapi saya biarkan je. Sebab kalau saya halang, kami kena halau. Macam mana dengan sekolah anak-anak, makan dan tempat tinggal semua?

    Berkongsi lanjut, wanita itu berkata suaminya telah meninggal dunia dan dia baru mengetahui arwah suaminya sebenarnya mempunyai banyak hutang.

    MENARIK:  Atilia Haron Jelaskan Isu Threads, Hubungan Dengan Penyanyi Terkait Kekal Baik – ‘Ia Tidak Merujuk Kepada Sesiapa’

    Menurutnya, dia pernah meminta bantuan daripada ahli keluarga, namun tiada siapa yang tampil membantu. Malah, anak-anaknya juga kini sudah memutuskan hubungan dengannya.

    Saya baru dapat tahu dia banyak hutang, Saya ada juga minta kat saudara mara, adik beradik tapi sorang pun tak nak tolong. Anak-anak saya tak ada contact, tak ada tanya khabar sebab dia orang marah dekat saya. 

    Sebab saya biarkan suami akak pukul dia orang, dera dia orang, saya cuma diam tengok je. Saya bersalah sangat dan rasa berdosa dekat anak perempuan yang sulung tu. 

    Sumber: Instagram Ariff Peter

    The post Wanita Biarkan Anak Jadi Pemuas Nafsu Suami, Pernah Bantu Gugurkan Kandungan – ‘Kalau Saya Period, Dia Paksa Anak Layan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah