26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ayden Curi Tumpuan, Nyanyi Lagu Suasana Hari Raya Sambil Berjoget Dengan Bella Astillah Di Majlis Rumah Terbuka

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri tumpuan apabila membuat persembahan bersama anaknya Mohamad Ayden Adrean ketika majlis rumah terbuka penerbit filem D’ Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar.

    Nyanyi lagu ‘Suasana Hari Raya’

    " data-video-id="7367645715314658561">
    @official Alahai comelnya Ayden, dah macam kakak dengan adik pulak yang menyanyi! Semoga besar jadi anak yang soleh ya ???? # #sembangentertainment #ayden #bellaastillah #nyanyi #lagu #suasanahariraya ? original sound – OHBULAN!

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok , Bella dan Ayden yang menyanyikan lagu ‘Suasana Hari Raya’ mendapat sorakan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.

    Lebih menarik, gaya nyanyian putera sulung Bella yang persis penyanyi profesional ini dilihat turut menari mengikut rentak dan alunan lagu nyanyian asal penyanyi Anuar Zain dan Ellina itu.

    Bukan itu sahaja, Ayden yang mengenakan baju Melayu berona hijau pucuk pisang turut meraih pujian ramai kerana nyanyiannya tidak lari tempo.

    Difahamkan ini merupakan kali pertama dua beranak ini berpadu suara di majlis rumah terbuka.

    MENARIK:  Pesanan Makanan dan Filem di Rumah Cikgu Ajak Lapan Anak Murid untuk Berbuka Puasa dan Sahur Bersama

    Terdahulu, Bella dan dua anaknya Ayden dan Ara Adreanna, 4, hadir ke majlis rumah terbuka tersebut sambil ditemani ibu serta adiknya, Didi Astillah.

    Sebelum ini, Bella menjadi perhatian ramai susulan kemelut rumah tangganya bersama merupakan pelakon, Aliff Aziz selepas suaminya itu ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

    Walau berdepan dengan pelbagai kontroversi, rezeki penyanyi dan pelakon jelita itu semakin mewah apabila kerap diundang untuk melakukan persembahan bagi menyerikan majlis selain dilantik sebagai duta produk.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah