27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Auddra Perjelas Keputusan Tangguh SPM Tahun Hadapan – ‘Sekarang Saya Belajar Sambil Bekerja’

    Shopee Sale

    Penyanyi Auddra memaklumkan hasratnya untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auddra Trauma Berdepan Peminat Obses, Lebih Tegas Jaga Batas Pergaulan

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Gen Z, Sebelum Jadi Artis Tak Kenal Siapa Kamal Adli & Ameng Spring’ – Auddra

    Mama lambat daftar SPM

    Ketika ditemui , Auddra atau mesra disapa Odda berkata, dia berdepan masalah pendaftaran yang menyebabkan peperiksaan tersebut tidak dapat diambil seperti yang dirancang.

    Menurut Odda, dia sudah membuat persiapan termasuk mengulang kaji pelajaran sebelum ibunya, Sharifah Shahirah mencadangkan mengambil SPM pada tahun berikutnya.

    Sebenarnya masa itu saya nak ambil SPM.

    Saya tanya mama. Dia cakap lambat nak daftar.

    Sia-sia saja saya ulang kaji dan buat persiapan untuk SPM.

    Tapi mama cadangkan untuk saya fokus belajar dan ambil SPM tahun hadapan.

    Odda berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Ombak, KLCC baru-baru ini.

    MENARIK:  Puasa Tapi Tak Bangun Sahur, Sah Atau Tidak? Ini Penjelasannya

    Berkongsi lebih lanjut, Auddra kini menjalani kehidupan dengan membahagikan masa antara belajar dan bekerja selain menganggap komitmen terhadap kerjayanya sebagai satu tanggungjawab.

    Malah, Auddra menegaskan tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak untuk dirinya bekerja.

    Sekarang saya belajar sambil bekerja. Ini tanggungjawab saya dan saya suka apa yang saya buat sekarang.

    Tiada paksaan untuk saya bekerja. Kadang-kadang saya yang tanya apa lagi kerja yang saya kena buat. Saya yang bekerja.

    The post [VIDEO] Auddra Perjelas Keputusan Tangguh SPM Tahun Hadapan – ‘Sekarang Saya Belajar Sambil Bekerja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah