Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime berkongsi kisah tentang pertemuannya dengan suaminya, Datuk Lokman Teh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kurang Senang Dengan Sikap Suka Mengata – ‘Boleh Jadi Buli Siber Kalau Biarkan’
Detik perkenalan
Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata dia berkenalan dengan suaminya melalui kawan.
Kami berjumpa di restoran omakase. Saya selalu pergi dengan kawan saya.
Sebelum ini, saya selalu keluar dengan kawan-kawan yang berada sebab saya suka pemikiran mereka.
Kata Atikah, pada awalnya dia tidak mengetahui tentang latar belakang keluarga Lokman.
Sebelum ini saya memang tidak tahu siapa Lokman. Ibu saya yang kenal kemudian dia beritahu Lokman adalah cucu Zaitun.
Saya hanya kenal penyanyi Zaiton Sameon jadi saya tanyalah suami saya, ‘nenek awak penyanyi ke?’
Lokman jawab, ‘nenek saya menyanyi, tapi dekat karaoke’. Jawapan dia buat saya keliru.
Rupanya, ubat gigi Zaitun dan dari situlah saya tahu siapa dia.
Cina muslim

Dakwa pelakon drama Si Kolot Suamiku itu, Lokman sedikit angkuh pada awal-awal pertemuan mereka.
Lokman turut memaklumkan keluarganya adalah keluarga Cina muslim kepada Atikah.
Dia tanya, ‘awak kenal saya siapa?’. Saya jawab saya tidak kenal.
Kemudian saya tanya semula, ‘awak kenal ke saya siapa? Saya adalah pelakon.’
Saya rasa macam bertuah. Dahlah kaya, muslim..terus kahwinlah.
Tercalon di Paling Viral Online

Untuk makluman, Atikah turut tercalon bagi kategori Selebriti Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.
Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Atikah Suhaime Kongsi Bibit Perkenalan Dengan Suami – ‘Saya Rasa Bertuah’ first appeared on OHBULAN!.





