25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa ‘Ratah’ Tiga Anak Kandung Ditahan Polis, Paksa Buka Baju & Bersetub*h

    Shopee Sale



    Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa melakukan perbuatan keji dengan memperkosa tiga anak kandungnya sendiri, dalam kejadian di Simalungun, Indonesia.

    Tiga anak kandung jadi mangsa

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Tribuneews, perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas anak bongsu suspek, Anggrek yang berusia 13 tahun menceritakan kejadian itu kepada dua kakaknya.

    Rupa-rupanya kedua-dua gadis itu mendedahkan mereka juga pernah menjadi mangsa serangan seksual oleh si bapa ketika di bangku sekolah, pada suatu ketika dahulu. Difahamkan, kedua-dua kakak mangsa kini sudah bekerja.

    Susulan mendengar kejadian menimpa adik perempuannya, mereka berdua memberitahu datuk sebelum satu laporan polis dibuat.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Khadijah Rai Hari Lahir, Buat Kejutan Hadiahkan Ibu Bapa Kereta – ‘Tahun Ini Sedikit Berbeza’

    Hasil siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan jijik itu kepada anak bongsunya sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2023 dan 2025.

    Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBO) Polis Daerah Simalungun, Inspektor Dua (IPDA) Bilson Hutauruk, ketika mangsa tertidur dek keletihan, suspek bertindak mengunci pintu bilik dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

    Mangsa sempat melawan dengan cara menendang kaki sambil menjerit ‘Jangan Pak..Jangan Pak’, namun kerana lokasi warung jauh dari perkampungan, suspek tidak menghiraukan dan tetap melakukan perbuatan kejinya.

    Suspek kini ditahan polis untuk siasatan selanjutnya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah