27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Apakah Hukum Berpuasa Separuh Hari Bagi Kanak-Kanak? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

    Shopee Sale



    Sebagai ibu bapa, sudah semestinya ramai yang mengambil peluang untuk melatih anak-anak berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini kerana ia adalah kewajipan yang termaktub di dalam rukun Islam.

    Setakat yang mampu

    " data-video-id="7476714743579954450" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @tok_chuck

    #fyp #caramelatihanakberpuasa #bermula7tahun

    ? original sound – Chuck Eastsmile – Chuck Eastsmile

    Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus berkata, tindakan ibu bapa melatih anak-anak untuk berpuasa adalah satu amalan yang baik.

    Bagaimanapun, pendakwah berusia 61 tahun tersebut menasihati ibu bapa supaya jangan terlalu memaksa anak-anak kecil dan adalah lebih baik jika mereka berpuasa mengikut kemampuan sahaja.

    Moleklah kalau begitu.

    Yang tak molek adalah apabila kita memaksa anak-anak kita. Umur mereka baru sahaja enam tujuh tahun, tapi dipaksa untuk puasa penuh.

    Maksud latih, bukannya suruh puasa dari subuh sampai maghrib. Maksud latih adalah sampai mana anak-anak mampu berpuasa.

    Cara melatih anak

    Ustaz Azhar Idrus

    Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar juga menjelaskan, usia yang paling sesuai untuk melatih anak-anak berpuasa adalah ketika mereka berumur tujuh tahun.

    Yang sebenarnya, kita kena melatih anak berpuasa ketika berumur tujuh tahun.

    Ianya bukan sunnah tetapi kalau sesiapa yang sudah melatih mereka sejak umur lima enam tahun, tak ada masalah dan dibolehkan. Tetapi yang afdal adalah bermula usia tujuh tahun.

    MENARIK:  [VIDEO] Amelia Henderson ‘Lip Sync’ Lagu Tentang Bekas Teman Lelaki, Netizen Dakwa Lirik Ada Maksud Tersirat?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah