30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anak Tomok Menangis, Lisa Surihani Akui Sukar Tinggalkan Keluarga Sebelum Tunai Haji

    Shopee Sale

    Selebriti terkenal, Lisa Surihani dan Tomok, telah selamat berlepas ke Tanah Suci bersama rombongan jemaah Irkaz Travel & Tours bagi menunaikan ibadah Haji musim 1447H/2026M pada Khamis lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan

    Artikel Berkaitan: Tomok & Isteri Syukur Terpilih Menjadi Tetamu Allah – ‘Tiada Yang Lebih Kami Harapkan Selain Doa’

    Perlu tinggalkan keluarga

    View this post on Instagram

    A post shared by Irkaz Travel & Tours (@irkaztravel)

    Di sebalik wajah ceria dan lambaian perpisahan di lapangan terbang, terselit perasaan hiba, rindu dan doa yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

    Walaupun berat meninggalkan insan tersayang, para jemaah tetap melangkah dengan hati yang reda demi menyahut panggilan sebagai tetamu Allah dan mengharapkan Haji yang mabrur.

    Menurut Lisa, cabaran paling besar sebelum berangkat adalah saat terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga tercinta termasuk suami, anak-anak dan ibunya.

    Pengorbanan paling besar yang saya rasa paling dirasai adalah meninggalkan suami, anak-anak dan mak.

    Perkongsian video yang dikongsikan itu turut merakam momen menyentuh hati apabila anak sulung Tomok, iaitu Arrian Shah Akid, dilihat tidak mampu menahan sebak ketika menghantar kedua ibu bapanya ke lapangan terbang.

    Memastikan kebajikan jemaah terjaga

    Dalam pada itu, tahun ini menjadi detik cukup bermakna buat Irkaz Travel & Tours apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk berperanan sebagai Pengelola Jemaah Haji.

    Selain itu, pihak pengurusan menerima amanah tersebut dengan penuh rasa syukur serta komited untuk memastikan setiap aspek kebajikan dan keselesaan jemaah diberi perhatian terbaik sepanjang berada di Tanah Suci.

    MENARIK:  [VIDEO] Gelagat Meerqeen Sakat PS Mansur ‘Miming’ Lagu Terus Hidup Buat Netizen Berdekah Gelak – ‘Dia Dah Boleh Join Ainations’

    Malah, bagi menambah baik pengalaman para jemaah, Irkaz Gourmet menerusi Irkaz Gourmet Central Kitchen di Mekah turut bakal memulakan operasi sulungnya pada musim Haji kali ini.

    Sementara itu, usaha tersebut membolehkan jemaah Haji Irkaz menikmati hidangan yang disediakan sendiri di Aziziyah.

    Kata wakil pengurusan Irkaz Travel & Tours, fokus mereka bukan hanya tertumpu kepada pengurusan perjalanan ibadah semata-mata, tetapi juga memastikan setiap jemaah merasa lebih selesa, dihargai dan dijaga seperti ahli keluarga sendiri sepanjang berada di sana.

    Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan para jemaah bukan sahaja mendapat perkhidmatan terbaik, malah merasai ketenangan dan sokongan sepanjang melaksanakan ibadah Haji.

    Kami berharap seluruh perjalanan ini dipermudahkan dan dikurniakan Haji yang mabrur buat semua jemaah.

    Dalam masa sama, Irkaz Travel & Tours turut menitipkan doa agar semua jemaah sentiasa berada dalam keadaan sihat, diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

    Sehubungan itu, diharapkan para jemaah kembali ke tanah air nanti dengan jiwa yang lebih tenang, hati yang lebih dekat kepada Allah SWT serta dipertemukan semula dengan keluarga dalam limpahan rahmat dan keberkatan.

    The post [VIDEO] Anak Tomok Menangis, Lisa Surihani Akui Sukar Tinggalkan Keluarga Sebelum Tunai Haji first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah