28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Aqil Zulkiflee menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang kini berusia dua bulan di sebuah hotel mewah.

    Artikel Berkaitan: Aqil Zulkiflee Terharu Video Jadi Pembawa Senyuman Buat Kanak-Kanak Kematian Orang Tersayang – ‘Salah Satu Sebab Kenapa Aku Takkan Berhenti’

    MENARIK:  Amalkan Cara Natural untuk Menjaga Kecantikan Seperti Orang Lama - Salina Saibi

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Mak Cik Tak Dikenali Tiba-Tiba Cium Ayana’ – Aqil Zulkiflee Larang Sentuh Anak Tanpa Kebenaran

    Raikan anak

    " data-video-id="7574415583714823442" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @aqilzulkiflee

    Ayana first time pergi hotel mewah sambut birthday 2 bulan. Asyik mak bapak dia je kan, bagi la Ayana merasa jugak 🤣

    ♬ original sound – Aqil Zulkiflee – Aqil Zulkiflee

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Aqil bersama isteri dan anaknya menginap di sebuah hotel mewah yang terletak di Langkawi, Kedah.

    Aqil turut berkongsi keadaan bilik mereka serta momen menikmati kek hari jadi yang disediakan pihak hotel.

    Kali pertama bawa Ayana ke hotel mewah, sambut hari lahirnya.

    Asyik mak ayah dia saja, bagi Ayana merasa juga.

    Hargai isteri

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Aqil yang dilihat secara tidak langsung turut membahagiakan isterinya selepas selesai fasa berpantang.

    Dalam masa yang sama, warganet turut menyifatkan Aqil sebagai bapa penyayang dan suami yang baik.

    Terdahulu, Aqil dan isteri, Nur Iliyaa Jasmina Roslan telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 12 September lalu dan diberi nama Ayana Aqila.

    Untuk info, Aqil dan Iliya mendirikan rumah tangga pada 20 Julai 2024.

    Sumber: TikTok Aqil Zulkiflee

    The post [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah