33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Iman Troye Raih RM2.5 Juta, Diamond Artist XO House – ‘Jung Jung Inai’ Cecah 1.5 Juta Streams

    Shopee Sale

    Enam tahun berada dalam industri hiburan membuahkan hasil buat penyanyi Iman Troye apabila dia berjaya mencatat pendapatan sebanyak RM2.5 juta sepanjang tahun 2025.

    Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Iman Troye Sanggup Berhabis Lebih RM8k Demi Konsert The Weeknd, Ini Respon Tuan Badan

    Artikel Berkaitan: ‘Suka Hati Kau Je Tuduh Aku Mengandung, Jumpa Akhirat’ – Iman Troye

    Iman Troye berbakat besar

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas XO House, Adib Hamdi, pencapaian Iman menjadi sesuatu yang membanggakan memandangkan dia telah menyaksikan sendiri perkembangan penyanyi tersebut sejak awal pembabitannya.

    Iman mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam XO House kerana dia merupakan artis pertama yang kami tandatangani ketika kami memulakan perjalanan ini.

    Melihat sejauh mana dia telah berkembang sepanjang enam tahun ini, daripada permulaan kerjayanya bersama kami sehingga mencapai RM2.5 juta hasil pendapatan pada tahun 2025, merupakan sesuatu yang sangat membanggakan bagi saya.

    Kami telah melihat perkembangan Iman bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi juga sebagai penghibur dan bakat komersial yang kuat.

    Pengiktirafan sebagai Diamond Artist ini mencerminkan segala usaha, konsistensi dan dedikasi yang telah diberikan olehnya.

    " data-video-id="7684282106565905685" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Sekali dengar ‘Jung Jung Inai’, sekali terus nak joget! 💃🏻 Korang dah join Iman Troye & Asslahierah? #JungJungInai #ImanTroye #Asslahierah #XOHouse

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Pencapaian tersebut turut melayakkan Iman menerima pengiktirafan sebagai Diamond Artist daripada syarikat pengurusannya, XO House.

    Iman merupakan artis pertama yang ditandatangani XO House ketika syarikat berkenaan mula beroperasi. Sepanjang perjalanan kariernya, dia terus mengembangkan bakat sebagai penyanyi dan penghibur selain bekerjasama dengan pelbagai jenama.

    ‘Jung Jung Inai’ raih lebih 1.5 juta streams

    Sementara itu, Iman meneruskan momentum dalam bidang muzik apabila tampil dengan karya terbaharu, ‘Jung Jung Inai’, bersama Asslahierah.

    Lagu berkenaan ternyata mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya mengumpul lebih 1.5 juta streams sebelum video muzik rasminya dilancarkan.

    ‘Jung Jung Inai’ mengetengahkan elemen muzik tradisional Melayu yang digabungkan dengan bunyi kontemporari, di samping menyampaikan mesej mengenai adab, budi bahasa serta mengambil iktibar daripada pengalaman hidup.

    Karya tersebut merupakan hasil ciptaan Amirul Azhar, Amir Firdaus dan Iman Alyssa.

    Kerjasama Iman dan Asslahierah juga bukan sesuatu yang baharu apabila mereka pernah bergandingan menerusi lagu Jemput Jemput Raya dalam projek 30 Hari 30 Lagu Raya pada Mac lalu.

    Kini, Jung Jung Inai boleh didengarkan menerusi pelbagai platform penstriman digital utama.

    Kredit Foto: Azuddin Ahmad Zin

    The post [VIDEO] Iman Troye Raih RM2.5 Juta, Diamond Artist XO House – ‘Jung Jung Inai’ Cecah 1.5 Juta Streams first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah