33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Tak Marah Lagu Dilabel ‘Sampah’ – ‘Sebelum Menulis Fikir Usaha & Penat Lelah Orang’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nabila Razali tidak berkecil hati apabila lagunya dilabel sebagai ‘sampah’ oleh seorang pengguna media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Tak Beri Keizinan, Nabila Razali Tolak Tawaran Komersial Untuk Anak – ‘Saya Faham & Hormat Keputusan Dia’

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Akui ‘Kaki Karaoke’ – ‘Tempat Nak Menjerit & Berangan Macam AJL… Boleh Nyanyi Lagu Ziana Zain’

    Lagu dilabel sampah

    Menerusi hantaran di Threads, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata dia tidak berasa marah, namun mengingatkan orang ramai supaya berfikir terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu.

    Ada orang hantar screenshoot ini kepada saya. Saya tak marah cuma kadang-kadang terfikir tak semua perkara yang kita fikir itu betul.

    Jadi sebelum buka mulut, sebelum menulis sesuatu kena fikir dahulu. Semudah itu label ‘lagu sampah’, tanpa fikir usaha dan penat lelah orang lain.

    Apa pun, tahniah awak direzekikan dengan kerja sekarang, tak perlu hadap ‘road bullies’, tapi tanpa awak sedar awak juga membuli orang lain.

    Dalam hantaran sama, Nabila turut berkongsi tangkap layar kenyataan yang dimuat naik oleh individu berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Amy Mastura Rehat Menyanyi, Mahu Dalami Ilmu Agama – ‘Saya Mahu Kumpul Apa Yang Patut Dikumpul’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menyarankan Nabila supaya tidak menghiraukan komen negatif tersebut demi menjaga emosi dan kesihatan mentalnya, sebaliknya terus memberikan tumpuan kepada kerjaya.

    Sumber: Threads

    The post Nabila Razali Tak Marah Lagu Dilabel ‘Sampah’ – ‘Sebelum Menulis Fikir Usaha & Penat Lelah Orang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah