Personaliti media sosial, Cik Epal mendakwa sebahagian besar barangan miliknya tidak dapat diambil semula malah ada antaranya dipercayai telah dijual.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Bidas Kenyataan Wanita Tak Terima Lelaki Miskin – ‘Bila Ada Duit Sendiri, Dia Gatal Dengan Isteri Orang Pula’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Titip Nasihat Untuk Wanita Bercerai & Dicurangi – ‘Bila Seseorang Ditarik Dari Hidup Kita, Peranannya Sudah Selesai’
Barang dijual
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Cik Epal berkata dia memilih untuk menyerahkan segala yang berlaku kepada Yang Maha Esa serta reda dengan ketentuan-Nya.
Banyak sahaja barang saya yang tak dapat balik. Ada yang dibuang, ada juga barang saya kena jual.
Yang hilang, kita redha. Yang terpaksa dilepaskan, kita lepaskan. Yang masih belum kita faham hikmahnya, kita serahkan pada Allah.
Kata Cik Epal, dia percaya setiap sesuatu yang hilang pasti akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik pada waktu yang tepat.
Sebab kita mungkin nampak apa yang hilang hari ini, tapi Allah dah tahu apa yang akan Dia gantikan esok.
Yakin sahaja. Kalau Allah yang ambil, pasti Allah juga tahu apa yang lebih indah untuk diberikan selepas ini.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Jofliam didakwa menjual perkakasan piza yang dikatakan merupakan milik Cik Epal.
Untuk makluman, Cik Epal dan Jofliam bercerai pada Oktober 2024 selepas mendirikan rumah tangga pada 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Threads
The post Cik Epal Reda Banyak Barang Peribadi Tak Dapat Diambil Semula, Dakwa Ada Yang Dijual first appeared on OHBULAN!.





