33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dikecam Guna Perkataan ‘Kedekut’, Ikmal Amry Mohon Maaf – ‘Berpada-Pada Lebih Sesuai’

    Shopee Sale

    Pelakon Ikmal Amry tampil memohon maaf susulan penggunaan perkataan ‘kedekut’ ketika mengulas mengenai sikap lelaki sebelum berkahwin dalam sebuah podcast baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tinggalkan Dunia Saya, Kejar Masa Depan Bersama Isteri’ – Ikmal Amry

    Artikel Berkaitan: ‘Isteri Tak Suka Saya Tayang Badan’ – Ikmal Amry Kurangkan ‘Belanja’ Di Sosial Media, Hanya Tunjuk Dalam Naskhah

    Ikmal Amry mohon maaf

    Menerusi hantaran di Threads, Ikmal atau nama lengkapnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, mengakui penggunaan perkataan tersebut kurang sesuai dan menjelaskan bahawa istilah ‘berpada-pada’ lebih tepat untuk menggambarkan maksud yang ingin disampaikannya.

    Ujar Ikmal lagi, dia menyedari kenyataan tersebut turut menyinggung perasaan beberapa pihak.

    Saya minta maaf atas penggunaan perkataan ‘kedekut’ yang telah menyinggung beberapa pihak. ‘berpada-pada’ lebih sesuai.

    Permohonan maaf tersebut dibuat selepas kenyataan Ikmal mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

    MENARIK:  ‘Jangan Menilai Fizikal Orang Lain, Kita Tak Tahu Kesusahan Yang Mereka Lalui’ – Janna Nick

    Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan pandangan Ikmal mengenai lelaki yang sepatutnya bersikap ‘kedekut’ sebelum berkahwin.

    Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada pandangan Ikmal bahawa seorang lelaki tidak seharusnya terlalu banyak berbelanja untuk pasangan selagi hubungan mereka belum berkahwin.

    Sumber: Threads

    The post Dikecam Guna Perkataan ‘Kedekut’, Ikmal Amry Mohon Maaf – ‘Berpada-Pada Lebih Sesuai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah