28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi

    Shopee Sale

    Belum reda gosip mengenai penyanyi Amira Othman yang didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin, kini muncul pula rakaman terbaru yang mengundang tanda tanya ramai.

    MENARIK:  Sufian Suhaimi Sifatkan 2025 Tahun Paling Indah Sepanjang Hidup – ‘Saya Bergelar Suami’

    Huruf A& F?

    " data-video-id="7541726307453848839" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @wanieelena

    MasyaAllah berseri betul pengantin ni @Amira Othman 😍 Setuju tak korang? 🫣

    ♬ Beautiful In White – Shane Filan

    Terbaharu, video yang dimuat naik oleh pengasas HijabistaHub, Wanie Elena, memperlihatkan pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu mengenakan persalinan pengantin sekaligus membuatkan peminat berteka-teki adakah ini petanda hari bahagianya semakin hampir.

    Malah apa yang menguatkan lagi spekulasi apabila kelihatan cincin emas bersama beberapa barangan pengantin dan kad yang tertera bertarikh 26.08 dengan inisial huruf A & F yang dipercayai mewakili nama Amira dan Fattah.

    Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat, namun ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi yang rata-ratanya teruja meneka tarikh bahagia pasangan selebriti itu.

    Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar hubungan Amira dan Fattah ke fasa yang lebih serius selain berharap kebahagiaan buat pasangan ini.

    Difahamkan satu sesi siaran langsung di TikTok bakal diadakan antara pihak HijabistaHub dan Amira pada 29 Ogos ini. 

    Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah pengumuman yang bakal dibuat penyanyi itu.

    Sebelum ini, tular di media sosial spekulasi bahawa pelakon Fattah Amin bakal menamatkan status dudanya tidak lama lagi. 

    Malah netizen turut mengaitkan nama Amira sebagai individu yang bakal bergelar suri hati aktor itu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah