29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Along Cham Hadir Ke Mahkamah Bersama Ibu, Bakal Dedah Bukti Kepada Hakim – ‘Semoga Semua Settle’

    Shopee Sale



    Pelawak dan pelakon, Along Cham tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada jam 10.20 pagi bagi pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.

    Harap ‘Settle’ cepat

    " data-video-id="7480014315517529362">
    @official Semoga dipermudahkan urusan ?# #fyp #news #alongcham #hadir #mahkamah #bersama #ibu ? original sound – OHBULAN!

    Along atau nama lengkapnya Muhammad Nizamuddin Ahmad yang tiba bersama ibu tercintanya berharap agar segala urusan dapat diselesaikan pada hari ini.

    Tambah Along, segala pendedahan akan dibuat di hadapan hakim.

    Hari ini adalah pengesahan langgar taklik dan harapkan semuanya ‘settle’ lah.

    Ada pendedahan, tunggu selesai nanti. Sebab dia langgar taklik, saya akan cakap dalam mahkamah nanti.

    Saya tak boleh cerita nanti netizen cakap saya buka aib rumah tangga. Tak payah cerita terima kasih.

    Isteri juga harap perkara sama

    Sementara itu, Afreena yang berbaju hitam tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.35 pagi juga mengharapkan perkara yang sama.

    Saya harap hari ini berjalan dengan lancar, kalau boleh kita tak mahu tangguh lagi. Perkara ini sudah tertangguh sekian lama. Kita tunggu sebentar lagi dari keputusan mahkamah.

    Hari ini saya hadir bersama Tuan Iezwan, keluarga, ibu bapa saya dan rakan ibu bapa yang juga saksi pernikahan kami dulu.

    Berkongsi lanjut, peguam yang mewakili Afreena iaitu Mohamad Iezwan Ielias memaklumkan prosiding hari ini merupakan sebutan pertama selepas Along memfailkan tuntutan pengesahan lafaz cerai taklik.

    Secara asasnya kita akan sebut dulu di depan hakim, kebenaran untuk kes ini diteruskan.

    Tengok semula kepada arahan mahkamah bagaimana sama ada kita akan masukkan pembelaan sebagai tuntutan balas atau kita akan teruskan dengan perbicaraan. Cuma kita tengok kepada proses mahkamah hari ini.

    Sekadar info, kemelut rumah tangga mereka mula timbul selepas Along mendakwa Afreena Suhaimi telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.

    MENARIK:  ‘Tak Semua Orang Sanding Sesuai Pakai Putih’ – Alha Alfa Bagi Tips Elak Muka Nampak Kelabu Waktu Nikah

    Dakwa Along, Afreena melanggar lafaz taklik tersebut pada tahun lalu dan sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu tetapi malangnya ditahan pihak polis pada 14 Disember akibat kes memiliki dadah.

    Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah