34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Allah Tarik Nikmat Kebahagiaan Bersama Arwah, Digantikan Dengan Abang Khairul’ – Ina Naim

    Shopee Sale



    Penyanyi, Ina Naim meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan sering membantunya dalam menguruskan perniagaan.

    ‘Kak Ina kahwin dengan Abang Khairul ni bukan sia-sia’

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, bersyukur dengan takdir Allah yang mempertemukannya dengan suami, Mohd Khairul Rizal.

    Allah SWT takdirkan Kak Ina kahwin dengan Abang Khairul ni bukan sia-sia atau tak ada apa-apa.

    Ujar Ina lagi, kehidupannya juga banyak berubah selepas bergelar isteri Khairul memandangkan sebelum dia sering melakukan urusan sendirian kerana arwah suaminya, Suhaimi Saad diuji dengan masalah kesihatan. Namun kini, kebanyakan urusannya termasuk perniagaan diuruskan oleh suaminya.

    Alhamdulillah, dia banyak sangat bantu saya daripada segi mesyuarat, dia boleh selesaikan banyak urusan saya. Kita banyak kerja bersama, sekarang dia yang memandu. Sebelum ini, saya yang kena memandu sebab Allah uji saya arwah suami sakit, tak nampak.

    Jadi saya kena buat semua sendiri. Bila Allah tarik nikmat kebahagiaan saya dengan arwah, Allah datangkan dia (Abang Khairul) pula.

    Dia boleh memandu, bawa saya kesana kesini. Masa mesyuarat pun dia banyak bercakap dengan bos besar. Dia yang akan keluarkan idea. Lepas balik kerja, saya tidur sebab penat, dia akan sambung kerja dia dan kerja saya.

    Dalam pada itu, Ina menyifatkan kesedihan selepas pemergian arwah suaminya itu diganti dengan kehadiran Khairul Rizal.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mesra Je Diorang..Tak Kekok, Nampak Ikhlas’ – Muaz Dipuji Pandai Layan Anak-Anak Bella, Masih Jaga Hubungan Baik

    Video

    " data-video-id="7446266342988090642">
    @quranenuur “Allah tarik kebahagiaan kak ina dengan arwah, tapi sekarang Allah ganti balik dengan Abg Khairul ni” #enuurhq #alquranenuur #inanaim #healingjar #jarofdoa ? original sound – ENUUR.HQ

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah