Usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila dia menasihati anak-anaknya tentang jerih perih kehidupan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Layan Lagi Qadejah Nak Jam Tangan Berjenama – ‘Bukan Mewahkan, Hargai Anak-Anak’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Benci Orang Acah Kaya, Tapi Hakikatnya Berhutang & Tak Reti Nak Bayar’ – Aliff Syukri
Pesanan Aliff
Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman mengimbas kembali fasa sukar yang dilaluinya semasa membangunkan peniagaan.
Ingat dan fahamlah asal usul awak semua daripada Aliff Syukri yang berniaga, menjaja di kaki lima, ketuk-ketuk pintu rumah orang..itulah bermulanya.
Orang yang hebat itu tidak gentar, kalau dia susah dia masih ada kemahiran, rajin, ada usaha.
Selain itu, Aliff juga berkongsi realiti dunia hari ini yang dilihat tidak sangat mencabar untuk mencari rezeki.
Tapi bila kita duduk di rumah yang mewah, tak pernah bekerja, bangun tidur lambat, dah terbiasa tak pernah rasa susah. Kalau keluar sahaja dari rumah ini, hidup akan merana sebab dekat luar sana terlalu keras.
Orang nak dapatkan duit RM70 satu hari bersengkang mata packing, sapu sampah dan hantar barang.
Ada yang sampai cacat, jatuh motosikal, tak jumpa anak sebab kerja siang malam.
Aliff juga mengingatkan anak-anaknya tentang penat lelah yang dilalui bersama isteri untuk memberikan keselesaan kepada mereka.
Macam mana abah ini kena kuat bekerja nak menjulang nama kau. Bangun tidur ada aircond, rasa tak aircond yang mengalir itu penat jerih abah dan juga mama.
Harapan Aliff

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Aliff juga berharap anak-anak tidak terlalu bergantung dengan kemewahan kerana percaya bahawa setiap manusia perlu mengharungi kesusahan untuk mendapatkan hasil.
Anak-anak, abah tak nak biasakan awak semua dengan kemewahan. Sebab abah tahu, dunia di luar sana sangat jahat dan tak selalu memihak kepada kita.
Akan ada saatnya awak semua penat berjuang sendirian, usaha tidak dihargai dan air mata terpaksa disembunyikan di sebalik senyuman.
Setiap kesusahan yang datang bukan untuk menghancurkan, tetapi untuk membentuk kamu menjadi insan yang lebih kuat, lebih sabar dan lebih matang.
Tambah Aliff, dia mahu setiap cahaya matanya sentiasa optimis dan tidak mudah berputus asa.
Jika suatu hari nanti abah dan mama sudah tiada, abah harap anak-anak abah pegang satu pesan ini sampai bila-bila, jangan mudah menyerah.
Orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah jatuh, tetapi mereka yang tetap bangun walaupun berkali-kali terjatuh.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Aliff Syukri Tak Mahu Anak-Anak Terlalu Leka Dengan Kemewahan – ‘Orang Lain Nak Dapat RM70 Bersengkang Mata’ first appeared on OHBULAN!.





