Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengulas lanjut keputusannya yang memilih hospital kerajaan bagi menjalani pembedahan pada bahagian buah pinggangnya.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Selamat Jalani Pembedahan, Tanggung Derita Sakit Patah Pinggang Hampir Tiga Tahun
Artikel Berkaitan: ‘Dia Celik Mata Je Terus Nak Buat Live’ – Shahida Larang Aliff Syukri Bekerja Selepas Pembedahan
Hospital kerajaan

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, memaklumkan kos rawatan pembedahannya itu mencecah RM80,000.
Ujarnya lanjut, dia ingin mencari doktor pakar bagi menjalani pembedahan pada bahagian buah pinggangnya dan bukan sekadar mengharapkan komisen semata.
Biasanya kos pembedahan yang saya jalani itu antara RM50,000 ke RM80,000.
Orang rasa hospital kerajaan nampak murah. Tapi kalau pergi kerajaan, doktor dia anak murid pada doktor di hospital kerajaan.
Baik pilih hospital kerajaan. Saya nak orang yang bedah saya seorang yang lebih kepada pakar.
Penjelasan lanjut

Dalam pada itu, Aliff berpendapat hospital ‘semi-private’ lebih baik berbanding swasta mahupun sepenuhnya kerajaan.
Sebenarnya hospital yang saya pilih ini adalah ketua pakar. Dia profesor yang mengajar doktor-doktor di hospital swasta.
Kedua, hospital itu adalah semi-private. Dan terakhir, doktor di hospital saya itu meraka buat kerja bukan untuk duit.
Terdahulu, Aliff telah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital selepas mengalami kesakitan berpunca daripada kecederaan pada sebahagian pinggangnya sejak tiga tahun yang lalu.
Sumber: Threads @mieyyah
The post [VIDEO] Aliff Syukri Perjelas Sebab Pilih Hospital Kerajaan Jalani Pembedahan first appeared on OHBULAN!.





