26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Minta Isteri Atur Majlis Berbuka Puasa Dengan Adik-Beradik, Bekas Bapa Tiri – ‘Kebahagiaan Itu Kita Yang Cipta & Nikmati’

    Shopee Sale



    Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menyorot perhatian ramai selepas dilihat menjaga hubungan baik bersama ayah tirinya dan adik-beradiknya yang lain.

    Jarang berkumpul

    Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata disebabkan dia jarang berkumpul dengan adik-beradiknya yang lain, dia meminta bantuan isterinya, Datin Nur Shahida untuk mengaturkan majlis berbuka puasa bersama.

    Kerana baginya, kebahagiaan itu perlulah dicipta dan dinikmati.

    Kebahagiaan itu kita yang cipta dan nikmati. Saya percaya tiada insan yang lebih berharga melainkan keluarga kita.

    Saya jarang dapat berkumpul dengan adik-beradik.

    Saya beritahu isteri saya untuk tolong aturkan majlis berbuka puasa dengan adik-beradik saya.

    Turut kelihatan pada majlis berbuka puasa itu adalah kakaknya Yatie Kamarzaman, adik-beradik tiri dan bapa tirinya yang dikenali sebagai Abang Haji.

    MENARIK:  Riezman Khuzaimi Merasakan Tawaran Berlakon RM150 Sehari sebagai Penghinaan

    Jelas Aliff, majlis tersebut membuatkannya teringat kembali pada momen mereka kecil.

    Alhamdulilah teringat momen masa kecil suka dan duka. Banyak yang kami sembangkan. Hargai la setiap kenangan kerana ia tidak akan berulang kembali.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘senang’ selepas melihat Aliff menjaga ukhwah bersama bersama Abang Haji meskipun telah berpisah dengan Rozita.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah