Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menunaikan permintaan anaknya, Qadejah yang meminta dibelikan jam tangan berjenama.
Artikel Berkaitan: ‘Tengok Usahawan Muda Berjaya, Saya Tumpang Bangga’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Bakal Lancar Drama Pendek, Angkat Kisah Arwah Bapa – ‘Hebatnya Saya Kerana Doa Orang Tua’
Belikan jam
View this post on Instagram
Menurut pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, pada awalnya dia enggan melayan permintaan Qadejah, yang juga mesra dipanggil Cess.
Bagaimanapun, dia akhirnya tetap menunaikan permintaan Cess sebagai tanda penghargaan dan kasih sayangnya terhadap anak-anak.
Saya sebenarnya malas nak layan karenah Cess (nama panggilan Qadejah), tapi sebab anak saya layankan juga.
Sebab saya tahu momen macam ini takkan datang hari hari.
Apa yang saya bagi ni bukan untuk mewahkan anak-anak tapi saya nak hargai anak-anak kesayangan saya.
Semoga memori ini menjadi kenangan dan mereka dapat bahagiakan saya bila tua nanti.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang segelintir menyatakan tidak salah untuk Aliff memewahkan Cess.
Bagi mereka, Cess merupakan anak yang baik dan rajin menolong ibu bapanya.
Komen netizen


Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Aliff Syukri Layan Lagi Qadejah Nak Jam Tangan Berjenama – ‘Bukan Mewahkan, Hargai Anak-Anak’ first appeared on OHBULAN!.





