Pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche berwarna hitam kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ramai Tanya Kenapa Saya Lembut?’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup Dalam Broken Family Tidak Mudah, Saya Sanggup Bayar RM1 Juta Untuk Ubah Kisah Silam’ – Aliff Syukri
Ammar terkejut

Menerusi hantaran di TikTok, Shahida berkata, hadiah istimewa itu diberikan bagi memudahkan urusan harian Ammar yang kini melanjutkan pelajaran di sebuah kolej.
Mama dengan papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi dan balik kolej.
Ammar ini tak minta kereta jenis apa, dia kata janji ada kereta. Patut sampai awal kereta ini tapi ada kelewatan sedikit. Jadi mama dengan papa nak surprise Ammar. Nampak dia terkejut bila nampak kereta baru dia.
Dalam hantaran sama, ibu enam cahaya mata itu turut berpesan kepada Ammar agar sentiasa merendah diri dan tidak lalai dengan nikmat dunia.
Insya-Allah ada rezeki untuk anak-anak mama yang lain bila sampai masanya. Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan. Dah ada kereta ini usah lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riyak dan sentiasa tunduk ke bumi.
Ingat Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa jika hambanya tidak bersyukur.
Video
Untuk info, Aliff tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut layari http://www..com/palingviralonline.
The post [VIDEO] Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Porsche Kepada Ammar Ahyan – ‘Solat Jangan Tinggal’ first appeared on OHBULAN!.





