Pempengaruh media sosial Aqil Zulkiflee, sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi kegembiraan memiliki sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard Executive Lounge 2026.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Baru Buat Kemoterapi, Nak Sangat Jumpa Saya’ – Aqil Zulkiflee Penuhi Hasrat Peminat Cilik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’
Tahniah Aqil
Hantaran tersebut dimuat naik sempena menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Ayana Aqila, yang kini mencecah usia enam bulan.
Menerusi kapsyen di TikTok, Aqil meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima sepanjang tahun ini.
Dia juga mengakui bahawa bahawa kejayaan tersebut adalah hasil perjuangan dan kerja keras setiap hari yang jarang dilihat oleh orang ramai.
Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki tahun ni.
Orang nampak kita macam bebudak, macam main-main je tapi orang tak nampak struggle kita kerja tiap hari.
Jelas Aqil, dia bekerja keras bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi kebajikan orang di sekeliling, terutama para pekerjanya.
Sebenarnya dah cukup sangat Allah bagi rezeki, tapi kita kena kerja lebih keras lagi demi orang sekeliling, demi pekerja-pekerja yang bersungguh kerja.
Kita nak semua orang kaya dan berjaya sama-sama InsyaAllah.
Dalam kesempatan itu, Aqil menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pengikut setia yang menyokong perjalanan hidupnya dari awal penglibatan sehingga ke hari ini.
Sumber: TikTok Aqil Zulkiflee
The post [VIDEO] ‘Alhamdulillah Ayana 6 Bulan, Papa Belikan Alphard Executive Lounge 2026’ – Aqil Zulkiflee first appeared on OHBULAN!.



Happy birthday Ayana Aqila yang ke-6 bulan
Terima kasih sebab selalu teman papa sahur, meniaga, so tahun ni kita balik raya naik kereta baru yayyy. Nombor plate K sebab KAKUNG 
Eva
– 

