
Pengarah filem Impak Maksima 2, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendedahkan sanggup berbelanja sehingga RM200,000 hanya untuk babak aksi drift kira-kira seminit 30 saat dalam filem terbaharu, Impak Maksima 2.
Tarik minat penonton

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata pihkanya mengeluarkan bajet yang besar untuk melakukan babak pelanggaran kereta diletupkan di Bukit Bintang.
Untuk melakukan babak tersebut, kereta sahaja membabitkan kos RM50,000 dan tidak termasuk kos lori, pelakon lagak ngeri, anggota polis, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya.
Bagi saya, untuk filem ini saya perlukan babak aksi ‘drift’ yang boleh menarik perhatian penonton ke pawagam.
Ahmad Idham berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena selesainya penggambaran filem Impak Maksima 2 di Kuala Lumpur.
Filem tular sebelum tayang

Sementara itu, Ahmad Idham berkata dia tidak menyangka ramai yang sedang menunggu untuk filem ditayangkan di pawagam.
Saya lupa yang menonton filem ini bukan hanya generasi Impak Maksima yang ditayangkan pada 2007 tetapi menjangkau kepada drama bersiri Impak Maksima di TV3 sehingga dibawa ke pentas teater di Istana Budaya.
Saya gunakan pendekatan yang baru apabila saya buat filem ini, saya promosi dengan membuat siaran langsung (live) di sebalik tabir.
Ketika ditanya kenapa mengambil masa selepas 18 tahun untuk tampil dengan sekuel filem itu, Ahmad Idham berkata filem tersebut sudah dihasilkan hampir dua tahun yang lalu.
Difahamkan, penggambaran filem Impak Maksima 2 yang dilakukan selama sebulan memakan kos kira-kira RM3 juta.
Impak Maksima 2 menampilkan Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli, Fad Bocey, Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar dan ramai lagi serta bakal menemui penononton pada pertengahan tahun ini.





