28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pupuk Minat Bisnes Dalam Diri Anak – ‘Ia Takkan Jadi Dengan Tiba-Tiba’

    Shopee Sale

    Pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel serta Wawa Zainal berkongsi tentang cara didikan mereka terhadap anak-anak khususnya dalam bidang perniagaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel Imbas Kembali Rasa Teruja Peroleh Untung RM200k – ‘Saya Rolling Balik Untuk Bisnes’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Dedah Pernah Diejek – ‘Setiap Kali Lalu Tandas Mereka Akan Kata, Si Jelek Datang!’

    Contohi ibu bapa

    Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, berkata, anak-anaknya sudah terbiasa melihat dirinya dan suami menguruskan perniagaan mereka termasuk aktiviti mempromosikan produk.

    Justeru, Wawa percaya ia secara tidak langsung telah memberi contoh yang baik kepada anak-anak untuk menjadi usahawan yang berjaya.

    Sebenarnya anak-anak selalu tengok rutin kami buat siaran langsung (TikTok), pergi ke pejabat dan uruskan perniagaan.

    Jadi mereka sudah terbiasa dan merasakan diri mereka juga perlu jadi seperti kami.

    Hayla memang suka berniaga. Bila tanya Hayla, apa yang dia nak jadi bila besar nanti katanya, ‘saya nak ganti tempat mama.’

    Wawa berkongsi perkara itu menerusi podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di Youtube OhBulanOfficial.

    Pupuk minat anak-anak

    View this post on Instagram

    A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

    Sementara itu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, menjelaskan bahawa pendedahan awal memainkan peranan penting dalam membentuk diri anak-anak iaitu dengan menyediakan peluang dan ruang untuk mereka mencuba perkara baru.

    Kami bagi yang terbaik untuk pendidikan mereka tapi dalam masa yang sama kami sediakan apa sahaja yang boleh meningkatkan keyakinan diri. Contohnya, kami hantar mereka sertai ‘public speaking’.

    Perkara ini takkan jadi dengan tiba-tiba, kita sebagai ibu bapa kena tanamkan minat dari kecil.

    Sekadar info, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mak Tiri Jauh Lebih Baik Dari Mak Aku Sendiri..Dia Suka Cerita Aib, Doa Aku Jadi Miskin’ – Zarina Anjoulie

    Untuk info, Aeril dan Wawa tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.

    Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.

    Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline

    The post [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pupuk Minat Bisnes Dalam Diri Anak – ‘Ia Takkan Jadi Dengan Tiba-Tiba’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah