
Pelakon dan pelawak Achey berang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat penutupan beberapa jalan bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi sempena lawatan negara oleh Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.
Jalan tutup
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah itu difahamkan sudah lewat dua jam untuk menghadiri mesyuarat di Cheras, Kuala Lumpur.
Dekat sejam lebih, pusing sana jalan tutup, pusing sini jalan tutup.
Ini jalan yang ke 537 kali aku lalu tapi tak sampai-sampai.
Aku ada meeting ni.
Meeting aku pukul 10:00 pagi, ini dah pukul 12:30 tengahari.
Mana jalan aku nak lalu lagi.
Pada perkongsian itu, Achey memaklumkan kereta yang dinaikinya itu mengalami kenaikan suhu sehingga terpaksa membuka tingkap.
Sabar bang




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat untuk pelawak berusia 38 tahun itu bersabar menempuhi kesesakan lalu lintas. Selain itu, warganet turut berseloroh menyuruh Achey menggunakan motornya sementara jalan ditutup.





