Pengacara yang juga anggota 4U2C, Datuk AC Mizal mendedahkan anak perempuannya, Fea Eryssa pernah melalui pengalaman pahit apabila pernah menjadi mangsa buli semasa di sekolah.
Artikel Berkaitan: AC Mizal Sedih Ramai Kecam Konsert 4U2C, Hanya Minta Raikan Momen Bersejarah – ‘Ada Ahli Yang Sampai Depression’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Marah-Marah, Ini Konsert 4U2C Yang Terakhir’ – AC Mizal
Gangguan emosi

Ketika ditemui , AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 53, berkata gejala buli itu memberi gangguan emosi kepada anaknya sehingga terpaksa ditukarkan sekolah.
Jelas AC, anaknya menjadi mangsa buli kerana disebabkan penampilan fizikalnya.
Anak saya kena buli sampai kena tukar sekolah.
Dia bukan dibuli sebab anak kepada selebriti tetapi dibuli kerana mereka mengejek fizikal badan dia.
AC Mizal berkongsi perkara itu ketika ditemui di konsert minggu ketiga Talk To My Manager yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Bagaimanapun, AC Mizal berkata keadaan anaknya sudah bertambah baik kerana perkara itu sudah lama berlalu namun tidak menafikan ia tetap memberi kesan kepadanya.
Dalam kesempatan itu, AC Mizal turut menyeru agar gejala buli ini diberantas dalam kalangan semua lapisan masyarakat
Alhamdulillah sekarang ini dia sudah habis sekolah dan bercampur dengan orang yang lebih matang.
Dia pun sudah buat diploma jadi mental pun sudah berbeza tetapi dia masih ada perasaan sensitif kalau orang cakap mengenai fizikal.
Buli memang sangat teruk kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa.
The post [VIDEO] AC Mizal Dedah Anak Perempuan Pernah Jadi Mangsa Buli – ‘Sampai Kena Tukar Sekolah’ first appeared on OHBULAN!.





