Penyanyi dan pengacara, Datuk AC Mizal menjelaskan hubungannya bersama penyanyi Ajai dalam keadaan baik dan enggan memanjangkan isu kontroversi konsert We 4U2C Live In Concert.
Artikel Berkaitan: Isteri AC Mizal Titip Kata Semangat, Faham Kepayahan Suami – ’30 Tahun 4U2C Nak Buat Comeback Pun Jadi Isu’
Artikel Berkaitan: AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai – ‘Seakan Nak Tutup Periuk Nasi 4U2C’
Hubungan dalam keadaan baik
Ketika ditemui , AC atau nama lengkapnya Mizal Zaini berterima kasih pada Ajai yang membuat permohonan maaf terhadap kumpulan 4U2C.
Ujarnya, dia masih tidak berkesempatan untuk bertemu Ajai kerana sibuk dengan persiapan konsert.
Bila Ajai mohon maaf, kami 4U2C mengucapkan terima kasih banyak.
Saya baik dengan Ajai dan dua buah lagu daripada konsert ini adalah lagu dia iaitu Kembalilah Fiona dan Dusta.
Kami belum sempat berjumpa kerana dia juga sibuk membuat persiapan untuk konsert Exists.
Bila segalanya sudah diperbetulkan, Alhamdulillah, sebab kita tak mahu lagi timbul fitnah.
Apa yang jadi ini ada bagusnya. Sekurang-kurangnya satu Malaysia tahu keadaan sebenar macam mana.
Kami sangat gembira dan terima kasih sekali lagi Ajai, no hard feelings.
AC berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat kumpulan 4U2C sempena WE 4U2C Live In Concert yang bakal berlangsung 15 September depan.
Sebelum ini, Datuk AC Mizal menerusi satu sidang media, meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Ajai yang mendakwa konsert 4U2C tidak boleh dianjurkan tanpa kebenaran pemilik lagu.
Susulan itu, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 54, melalui peguamnya menuntut Ajai memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang diambil.
Kontroversi bermula apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap, mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert WE 4U2C Live In Concert, sedangkan mereka memegang hak cipta lagu-lagu kumpulan tersebut.
The post [VIDEO] AC Mizal Berterima Kasih Pada Ajai, Hubungan Dalam Keadaan Baik – ‘Kami Tak Terasa & Tiada Sakit Hati’ first appeared on OHBULAN!.





