26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Abby Abadi Peluk Model Seiras Marissa, Beri ‘Hint’ Sudah Lama Tak Jumpa? – ‘Tiba-Tiba Datang Rindu’

    Shopee Sale



    Pelakon, Abby Abadi memberi bayangan bahawa dirinya sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania.

    Peluk model mirip Marissa

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik momen dirinya yang sedang menjalani sesi penggambaran bagi sebuah jenama pakaian bersama model yang dikenali sebagai Era Sazeli.

    Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon yang terkenal menerusi siri drama ‘Gerak Khas’ ini menyifatkan raut wajah Era seakan mirip sekali dengan Marissa.

    Abby juga dilihat memeluk Era di akhir video sambil memaklumkan betapa dia merindui anak perempuannya itu.

    Ahamdulillah. Selesai ‘photoshoot’ hari ini.

    Tinggal lagi beberapa helai baju (untuk photoshoot), baru perasan wajah adik ini mcm anak saya.

    Last (saya) pelukk itu sebab tiba-tiba datang rindu. Ya hanya rindu?

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sebak mereka membaca luahan rindu Abby kepada Marissa.

    MENARIK:  Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung – ‘Tak Perlulah Saya Kongsikan Dari Bila’

    Terdahulu, Marissa dilaporkan bersalin secara pra matang namun bayi itu tidak bertahan lama dan meninggal dunia selepas dilahirkan.

    Berita itu meraih perhatian apabila Abby memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui mengenai kematian cucu sulungnya itu.

    Malah, Abby juga mendakwa dia tidak mendapat sebarang berita daripada Marissa berhubung perkara itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah