Penyanyi dan komposer, Aisha Retno enggan terlalu memikirkan komen negatif yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Fokus Watak Puteri Gunung Ledang, Aisha Retno Tangguh Baki Lagu Album Re.Hab Hingga Hujung Tahun
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Kongsi Momen Pembikinan Kesuma Bersama Siti Nurhaliza
Aisha Retno dikecam

Ketika ditemui , Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam mengakui berdepan kritikan bertalu-talu melibatkan pelbagai perkara, termasuk berkaitan kerjaya mahupun penampilannya.
Sebenarnya, sejak tahun ini kerja saya terlampau back-to-back dengan kata-kata orang sama ada baik ataupun buruk.
Dari saya jadi juri, muncul di KL Fashion Week, isu fesyen kereta api sarong. Kemudian tak habis lagi isu ini, datang pula isu Anugerah Industri Muzik (AIM).
Bagaimanapun, pelantun lagu Sutera itu berkata jadual kerjanya yang padat menyebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk melayan setiap isu yang berlaku.
Saya pun tak sempat nak hadap. Jadi, saya biarkan ia berlalu, Mungkin ini adalah training field untuk saya membiasakan diri. Ia sentiasa berlaku di isu yang berbeza.
Biar masa yang meredakan segalanya. Yang penting saya berada di aras tanda yang benar dan masih ada penasihat serta orang-orang di sekeliling kita yang selalu menasihati kita.
Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah anjuran Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima yang berlangsung Musolla Aisya di Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Aisha perlahankan aktiviti di media sosial

Mengulas lanjut, Aisha berkata dia kini mahu memperlahankan aktivitinya di media sosial dan lebih fokus pada diri sendiri.
Secara sosial, sejak kebelakangan ini saya terpaksa hold back sedikit sebab memang tiada masa sangat nak muat naik gambar atau balas komen.
Kalau nak berbual ke apa, buat masa sekarang saya kurangkan sedikit. Bila tiba masanya, saya akan kembali. Tetapi untuk sekarang, saya sedang berkurung untuk mencari semula diri saya.
Ditanya mengenai kejayaan album (RE.HAB) yang memenangi kategori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM25) yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak, Aisha berkata dia menerima segala pandangan tersebut dengan hati terbuka.
Sebelum dicalonkan, dipilih ke Top 5 dan menyandang kejuaraan trofi, pastinya sudah dinilai oleh juri profesional.
Jujurnya, saya sendiri pernah rasa kurang yakin dengan album mini ini. Tapi, mungkin juri melihat dari perspektif lain seperti adunan muzik yang moden dan mutu penerbitan.
Saya ambil masa yang cukup lama berdasarkan kisah sebenar diri saya. Saya hadapi sesi rehab diri sendiri kerana kejadian 2 3 tahun lepas yang kalian tahu telah membawa nama buruk kepada saya. Album ini adalah kelahiran semula.
Saya berterima kasih kepada juri yang memahami konsep ini. Mengenai kriteria, saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab kerana semuanya sudah pun ada syaratnya.
The post Aisha Retno Enggan Layan Kritikan, Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial – ‘Saya Mahu Cari Semula Diri’ first appeared on OHBULAN!.





