25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kasihan Fara Kena Bawa Tiger Ke Mana-Mana Dalam Keadaan Sarat’

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan kucing peliharaannya iaitu Tiger berada di tahap kritikal selepas disahkan menghidap kanser.

    Artikel Berkaitan: ‘Kau Nak Aku M*ti Ke?’ – Fara Salleh Desak Shuk Serah Dokumen Jantung

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kata Ini Kifarah, Saya Terima Dengan Hati Terbuka’ – Fara Salleh

    Kasihan sebab kucing

    Perkongsian Fara di TikTok mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang merupakan pencinta kucing.

    Menerusi hantaran di Threads, seorang individu menyatakan dia bersimpati dengan Fara yang sedang sarat mengandung membawa Tiger ke hospital untuk mendapatkan rawatan walaupun ia dijangka hidup tidak lama.

    Saya antara pembenci penyondol, tapi kali ini saya tolak tepi bab dia menyondol, bab dia mengeji, maki hamun dan lain-lain.

    Tapi bab haiwan saya lemah. Dia macam menunggu masa kucing dia ni pergi tapi dia tetap positif, usahakan selagi mampu.

    Ke mana-mana dia bawa kucing dia dalam keadaan mengandung. Tak bolehlah kalau dah melibatkan haiwan ini.

    Semoga Allah beri kesembuhan pada kucingnnya. Kasihan Fara kena bawa kucing dia ke mana-mana dalam keadaan sarat.

    Terdahulu, Fara menyatakan doktor telah menemukan satu ketumbuhan di bahagian paru-paru Tiger selepas mengambil sample di kepalanya.

    MENARIK:  Datuk Fan Bingbing Curi Perhatian Dalam Filem ‘Mother Bhumi’, Sanggup Terjun Sawah Demi Jayakan Watak

    Tiger yang sebelum ini telah dimasukkan ke hospital telah dibawa pulang oleh Fara.

    Fara berkata dia akan menjaga Tiger sehingga akhir hayatnya dan dalam masa yang sama akan cuba berubatnya dengan ubat-ubatan tabib Cina.

    Sumber: Threads

    The post ‘Kasihan Fara Kena Bawa Tiger Ke Mana-Mana Dalam Keadaan Sarat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah