28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] 72,000 Peminat Saksi Songket Hijau Bianca Bella Di Legacy 30 Siti Nurhaliza – ‘Idola Sarung Busana Rekaan Kami’

    Shopee Sale

    Konsert Legacy 30 Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sekadar meraikan tiga dekad perjalanan seni Biduanita Negara, malah mencipta momen bersejarah buat jenama fesyen tempatan Bianca Bella, apabila busana songket rekaan mereka dipilih untuk segmen penutup konsert mega itu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Tulis Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain, Saling Menyokong Itu Lebih Bagus’ – Siti Nurhaliza

    Busana untuk Biduanita Negara

    Menerusi perkongsian di Instagram, pengasas Bianca Bella, Muhamad Amirul Safwan Nor Don berkata, pasukannya dihubungi oleh pengurus Siti iaitu Rozi Abdul Razak yang memaklumkan pencarian material songket dengan warna hijau sebagai pilihan utama.

    Kami benar-benar tidak menjangka peluang sebesar ini. Ketika itu kami sedar, ini bukan sekadar menghasilkan busana, tetapi menyiapkan persalinan untuk satu sejarah besar.

    Selepas pertemuan khas bersama di pejabat, proses rekaan dimulakan dengan kerjasama idea kedua-dua pihak.

    Kata Amirul, matlamatnya jelas iaitu mahu menampilkan persalinan yang berbeza daripada sebelumnya, selari dengan skala konsert gergasi dan signifikan ulang tahun ke-30 karier seni penyanyi nombor satu negara itu.

    Konsep busana tersebut diinspirasikan daripada pakaian tradisi Puteri Perak yang digabungkan dengan elemen glamor ala ‘Miss World’.

    Songket tempatan dipilih sebagai material utama, diserikan dengan perincian manik jahitan tangan yang halus dan eksklusif.

    Paling penting, potongan busana itu perlu sesuai dengan pergerakan TokTi di atas pentas kerana ia melibatkan tarian dan aksi bertenaga.

    Ini konsert ulang tahun ke-30 perjalanan seni TokTi. Soalan ‘bolehkah kami lakukan dengan sebaiknya?’ sentiasa bermain di fikiran. Ada malam kami langsung tidak lena memikirkannya.

    Kisah mesin jahit

    Kemuncak sebenar hadir pada malam konsert apabila Siti tampil mengenakan songket hijau tersebut pada segmen penutup dan melakukan aksi spontan melompat ke atas pentas, satu momen ikonik.

    Melihat rekaan kami mengiringi detik penamat konsert dan disaksikan puluhan ribu penonton adalah pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

    Saya dan pasukan seramai 10 orang masih terasa seperti mimpi. Idola yang kami tonton sejak kecil kini menyarung busana hasil tangan kami dan kami menjadi sebahagian daripada sejarah kerjaya seni beliau.

    Dalam pada itu, Amirul turut berkongsi satu kisah apabila penyanyi lagu Menamakanmu Cinta itu sendiri menawarkan diri untuk membawa mesin jahit dari rumah sekiranya diperlukan bagi sebarang kerja alterasi pada hari konsert.

    Tidak mudah seorang Biduanita Negara sanggup membawa mesin jahit sendiri ke belakang pentas. Itulah yang membuatkannya begitu disayangi.

    Kami berterima kasih kepada TokTi, Kak Rozi dan seluruh pasukan Bianca Bella. Ini bukan sekadar projek, tetapi satu sejarah yang akan kami kenang sepanjang hidup.

    Untuk rekod, butik Bianca Bella ditubuhkan pada tahun 2022 dan beroperasi sepenuhnya di Duyung, Melaka.

    MENARIK:  ‘Jika Dunia Tahu Betapa Aku Memperjuangkan Cinta Kita..’ – DJ Kidd

    Nama mereka mula mencuri perhatian selepas menghasilkan persalinan merah untuk Siti sempena Tahun Melawat Melaka 2024 menerusi persembahan Senandung Anak Melaka dan Kurik Kundi.

    Video

    View this post on Instagram

    A post shared by 𝘗𝘳𝘰𝘯𝘰𝘶𝘯𝘤𝘦𝘥 “𝘽𝙄𝘼𝙉 𝙆𝘼 𝘽𝙀𝙇𝙇𝘼” (@_biancabella)

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] 72,000 Peminat Saksi Songket Hijau Bianca Bella Di Legacy 30 Siti Nurhaliza – ‘Idola Sarung Busana Rekaan Kami’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah