Ustazah Asma’ Harun, menitipkan pesanan buat seluruh umat Islam agar mengutamakan adab dan maruah terutamanya menjelang musim perayaan.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur Wanita Muslim Buat Trend Joget Sebelum Ambil Duit Raya, Minta Jaga Akhlak – ‘Jangan Normalisasikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adakah Jadi Kafir Yang Joget Yah*di Macam Dalam TikTok? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Joget ambil duit raya?
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Ustazah Asma’, menegaskan agar trend seperti berjoget-joget ketika mengambil duit raya demi meraih perhatian di media sosial perlulah dihentikan.
Jangan dibuat lagi tahun ni trend ambil duit raya berjoget-joget, tua dan muda jadi hilang sopan dan sifat malu.
Menurutnya, perbuatan sedemikian bukan sahaja menghilangkan sifat malu, malah boleh menjurus kepada perbuatan mendedahkan maksiat atau dosa secara terang-terangan (mujaharah).
Sebaliknya, Ustazah Asma’ mengingatkan bahawa sebagai umat Islam, kita seharusnya kembali kepada adab dan adat yang murni iaitu dengan bersalam, mengucap terima kasih dan sentiasa bersyukur atas rezeki yang Allah berikan tanpa perlu menggadaikan maruah diri.
Sumber: Instagram Ustazah Asma’ Harun
The post Ustazah Asma’ Harun Pesan Jangan Buat Lagi Trend ‘Berjoget Ambil Duit Raya’, Jaga Adab & Maruah Diri first appeared on OHBULAN!.





