28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz Azhar Idrus Miliki Koleksi Jam Tangan, Kongsi Falsafah Berpakaian – ‘Mahal Tak Apa, Janji Kita Ada Bersedekah’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menyorot perhatian warganet dengan perkongsian tentang pakaian yang digayakannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Berpisah Sekejap Tanpa Cerai Adalah Membaikkan Keadaan’ – Ustaz Azhar Idrus

    MENARIK:  ‘Saya Mungkin Boleh Mati..’ – Shaza Bae Kongsi Detik Cemas Kereta Dirempuh Pemandu Mabuk

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’

    Jenama & harga 

    " data-video-id="7531003739835043090" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dj_nazz

    PASANG BADAN x @Ustaz Azhar Idrus #begitubeginidjnazz #begitubegini #ustaz #uai #pasangbadan #bedrock #ustazazharidrus

    ♬ original sound – DJ Nazz – DJ Nazz

    Menerusi segmen Pasang Badan bersama Dj Nazz, Ustaz Azhar Idrus mendedahkan jenama dan harga setiap barangan yang dipakai.

    Antara yang menarik adalah jam tangannya yang berjenama Oris. 

    Jam saya ini murah sahaja, beli dekat Pertama Kompleks tingkat atas. Harganya 1,200 dolar (RM8,800).

    Saya pilih jam ini sebab ia automatik, bila tak pakai jam ini tak akan berfungsi. Saya suka jam yang sebegitu. 

    Menurut Ustaz Azhar, dia juga gemar mengumpul koleksi jam tangan.

    Saya collector jam tapi semuanya jam murah.

    Jam mahal lain, jam sederhana lain, jam mahal pun lain. RM10,000 ke bawah itu dipanggil jam murah, RM10,000 sampai RM100,00 jam sederhana, manakala RM100,000 ke atas jam mahal.

    Kalau saya tengok cantik jam itu harganya RM2000, RM3000 saya akan beli tapi kalau ada duit lah. 

    Dalam pada itu, pendakwah tersebut turut berkongsi tentang falsafahnya dalam berpakaian.

    Yang pertama kena ikut syariah dan yang kedua apa yang kita suka. Mahal tak apa, janji kita ada sedekah. Jangan mahal untuk diri kita sahaja.

    Walaupun kita membazir duit kita tetapi bahagian sedekah itu kena ada. Jangan semua cantik untuk kita sahaja tapi orang lain tak merasa sikit pun.

    Komen netizen 

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan turut memuji Ustaz Azhar yang mengutamakan sedekah terlebih dahulu sebelum kepuasan diri. 

    Sumber. TikTok Dj Naz

    The post Ustaz Azhar Idrus Miliki Koleksi Jam Tangan, Kongsi Falsafah Berpakaian – ‘Mahal Tak Apa, Janji Kita Ada Bersedekah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah