23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Usahawan Nasi Lemak Tampil Pertahankan Diri Selepas Dituduh Masuk Giatmara Guna ‘Cable’ – ‘Saya Belajar Dengan Rajin, Tiba-Tiba Dituduh’

    Shopee Sale



    Usahawan nasi lemak yang begitu popular di media sosial iaitu, Rozeeta Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Kak Ojie meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap segelintir wargamaya yang mendakwa dirinya menyambung pelajaran di Giatmara dengan menggunakan ‘cable’.

    ‘Ada bukti ke?’

    Tidak berdiam diri, Rozeeta tampil mempertahankan dirinya sendiri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok.

    Menerusi hantaran tersebut, usahawan berusia 39 tahun itu menunjukkan beberapa bukti mengenai pembelajarannya sepanjang pengajiannya di Giatmara.

    Ada bukti tak nak kata saya masuk Giatmara pakai ‘cable’? Saya tak ada pakai ‘cable’ ini semua ya.

    Tapi kalau awak ada bukti boleh tunjuk pada saya tapi kalau tak ada saya boleh ambil tindakan.

    Rozeeta turut memaklumkan bahawa dia sudah pun bertungkus lumus untuk menamatkan pengajiannya sehinggalah diumumkan sebagai salah seorang pelajar terbaik.

    Dalam pada itu, Rozeeta menasihatkan kepada segelintir wargamaya untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sekiranya mereka tidak pasti akan kesahihan terhadap sesuata perkara.

    Jari yang menaip, mulut yang bercakap itu elok sikit ya. Aku bagai nak rak belajar tiba-tiba kau kata aku main ‘cable’.

    Difahamkan, Rozeeta berkongsi mengenai kejayaannya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Giatmara namun, usahawan itu menerima komen dari beberapa individu yang mendakwanya menggunakan orang dalam untuk memasuki institut pendidikan tersebut.

    MENARIK:  Shaheizy Sam Menampilkan Watak Lelaki Kurang Ajar dan Melarang Anak Untuk Menonton Lakonannya

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah