Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad terpanggil mengulas pendedahan aktres Adriana Adnan mengenai kewujudan pihak dalam industri hiburan yang meminta artis mencipta kontroversi demi kekal relevan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Mengidam Emas – ‘Suami Bagi Kad Kredit, Tapi Belanja Berpada-Pada’
‘Disuruh pergi club’

Menerusi hantaran di Threads, Uyaina, 33, mendedahkan dirinya pernah melalui pengalaman hampir sama, malah situasi yang dihadapi lebih berat apabila diminta melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip peribadi.
Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama. Tapi saya kena lagi teruk rasanya.
Dia suruh saya pergi club, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar itu, hanya untuk cipta kontroversi.
Tambah Uyaina, keputusan untuk tidak menuruti permintaan tersebut merupakan antara pilihan terbaik dalam perjalanan kerjayanya, selain menjadi pengajaran besar buat dirinya.
Dalam perkongsian sama, Uyaina turut meluahkan rasa syukur kerana tidak terpengaruh dengan tekanan itu selain memberikan kata-kata semangat kepada Adriana agar terus kuat dan percaya pada rezeki sendiri.
Saya bersyukur saya tidak bodoh. Tak apa Adriana, semua orang ada ruang, berkembang dan mempunyai kelajuan sendiri.
Kita hanya buat yang terbaik. Selebihnya rezeki Tuhan dan awak di laluan yang betul sekarang. Teruskan berjalan. Sentiasa menyokong awak.
Sebelum ini, Adriana secara terbuka mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang didakwa memberikan alasan tidak munasabah semata-mata untuk menjatuhkannya sehingga membuatkan dirinya berasa tertekan.
Adriana bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi individu yang sentiasa mempercayai bakatnya serta terus memilihnya untuk berkarya.
Dalam masa sama, Adriana turut mendedahkan bahawa ada individu dalam industri hiburan yang mencadangkannya mencipta kontroversi sebagai jalan singkat untuk kekal relevan.
Sumber: Threads
The post ‘Untuk Cipta Kontroversi, Saya Diminta Pergi Club & Pegang Arak’ – Uyaina Arshad first appeared on OHBULAN!.





