32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ucapan Hari Lahir Rebecca Nur Al Islam Buat Bapa Mentua Bikin Ramai Tersentuh – ‘Saya Rindukan Pelukan Seorang Ayah’

    Shopee Sale

    Pelakon Rebecca Nur Al Islam menarik perhatian ramai apabila berkongsi ucapan istimewa sempena hari lahir bapa mentuanya yang mesra disapa Abah.

    Artikel Berkaitan: Rebecca Nur Al Islam Genggam Ijazah Selepas Hampir 5 Tahun Berjuang – ‘Ketika Itu Saya Ibu Kepada 7 Anak Yang Masih Kecil’

    Artikel Berkaitan: Banglo Mewah Rebecca Nur Al Islam & Bekas Suami Berjaya Dilelong – ‘Dua Tahun Mereka Tak Bayar Rumah’

    Ucapan Rebecca buat bapa mentua

    Menerusi hantaran di Instagram, Rebecca menzahirkan rasa kasih dan penghormatan kepada lelaki itu selain turut menitipkan doa agar bapa mentuanya dikurniakan kesihatan berpanjangan.

    Semoga Abah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Amin.

    Becca minta maaf tak sempat jumpa Abah. Abah jaga diri, ya.

    Becca sayang Abah sangat-sangat. Esok, 21/11/2025, hari lahir Papa Becca. Becca dah tak ada Papa. Becca rindu pelukan seorang ayah sebenarnya.

    Maafkan Becca, Abah dan Mak.

    Sementara itu, pelakon drama Awak Suka Saya Tak? itu mengakui banyak perkara yang terpaksa dipendam sepanjang perkahwinannya dengan bekas suami, Datuk Nor Azam Sulaiman.

    Perkahwinan Becca dengan Azam terlalu banyak yang Becca simpan dan tak mampu diucapkan dengan kata-kata, Abah.

    Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika Becca pernah mengecilkan hati Abah dan Mak sepanjang menjadi menantu.

    Pada masa yang sama, Rebecca mengakui tidak pernah menyangka jodohnya berakhir dengan perpisahan.

    MENARIK:  Aprena Manrose ‘Upload’ Gambar Raya Berseorangan, Netizen Tertanya Status Rumah Tangga

    Dia turut berharap agar segala aib keluarga terus dipelihara dan dijaga sebaiknya.

    Becca sendiri tak sangka jodoh Becca dan Azam setakat ini sahaja. Biarlah tiada siapa tahu kerana Becca percaya Allah Maha Mengetahui segalanya.

    Semoga aib Becca dan aib Azam Allah simpan serta jaga. Tak kisah pandangan orang lain, hanya Allah sahaja yang tahu.

    Sebelum ini, dilaporkan rumah tangga Rebecca dan bekas suami, Datuk Nur Azman Sulaiman menemui noktah selepas 18 tahun berkongsi hidup. 

    Mereka dikurniakan enam cahaya mata dan membesarkan anak angkat, Nor Adam Daniel yang berusia 16 tahun.

    Sumber: Instagram Rebecca Nur Al Islam

    The post Ucapan Hari Lahir Rebecca Nur Al Islam Buat Bapa Mentua Bikin Ramai Tersentuh – ‘Saya Rindukan Pelukan Seorang Ayah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah