Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai mengakui teruja apabila melihat fesyen beberapa peminat wanita yang hadir ke konsert isterinya di China baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiket Konsert Jelajah Shila Amzah Di China ‘Sold Out’ Kurang Dari Seminit, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga
Style tudung jadi trend

Menerusi hantaran di TikTok, Ubai berkongsi momen menarik apabila dua orang peminat wanita berhijab dilihat berjalan menuju ke lokasi konsert Shila dengan penampilan yang menyerupai penyanyi itu.
Kedua-dua wanita dari China itu tampil mengenakan tudung dipadankan dengan pakaian kasual sambil berjalan di tepi jalan dalam keadaan hujan sambil memegang payung.
Berkongsi secara berseloroh, Ubai menyifatkan gaya tersebut seolah-olah sudah boleh ‘dipasarkan’ di negara berkenaan.
Datang konsert pakai tudung gaya Shila Amzah. Nampaknya dah boleh jual tudung di China.
Difahamkan, mereka merupakan antara peminat setia Shila yang hadir bagi menyaksikan konsert jelajah penyanyi itu yang berlangsung di beberapa bandar utama di China termasuk Chengdu, Guangzhou dan Nanjing.
Dalam masa sama, Ubai turut meluahkan rasa teruja melihat kesungguhan para peminat yang sanggup beratur panjang walaupun dalam hujan semata-mata untuk menyaksikan persembahan idola mereka secara langsung.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pengaruh positif yang dibawa Shila, malah ada yang menyifatkan imej bertudung digayakan sebagai satu bentuk dakwah kecil.
Sumber: TikTok
The post Ubai Teruja Lihat Gaya Tudung Shila Amzah Jadi Ikutan Peminat Di China, Seloroh Mahu Buka Bisnes Hijab first appeared on OHBULAN!.





